Isnin, 17 Oktober 2022

MY 4 FACTOR TO BECOME A LECTURER

 Assalamu'alaikum and hello everyone !!!


Alhamdulillah harini bangun pagi check account bank, gaji dah masuk plus dah ada increment sempena setahun service govenment. Syukur, boleh bawa Misyaal dan Izz ke Legoland next week Ihiksss. Bangun pagi ni terdetik rasa nak godek-godek blog, so tertukarlah template baru yang lebih cute gitueww. At the same time juga, terasa nak flash back sempena setahun berkhidmat ni, apalah push factor yang membuatkan aku nak jadi penyarah sangat sejak di bangku sekolah. Tak mau cita-cita lain, nak jadi pensyarah ja dari dulu. So, here my 4 factor yang kelihatan bangang tapi membawa kearah masa depan HAHAHA


1) Tali pinggang crocodile

Ko dah kenapa, apa kaitan tali pinggang dengan pensyarah. HAHAHA kisahnya begini, masa aku sekolah rendah, aku ada nampak pak sedara aku pakai tali pinggang yang lawa designnya, pastu ada tulis brand crocodile di kepala belt tu. Pak sedara aku tu keje pensyarah, so aku berkenan sangat dengan belt tu sampai aku berazam nanti aku dah jadi pensyarah aku akan beli dekat ayah aku. Tapi tu lah dah setahun keje, takdenye aku beli pun. HOHOHO. Tiber rasa mahal dan tidak mampu, HAHAHA, btw insyaAllah one fine day aku akan beli dan hadiahkan buat seorang ayah tali pinggang crocodile idaman aku tu. Memang sejak pada tu dari kecik aku dah mind setting, kalau jadi pensyarah je sesuai beli belt tu. Sampai ke harini lah aku suka belt tu. Tu pasal masa menikah dulu aku buat hantaran belt crocodile. Tapi version paling murah je arhh masa tu. Nak habaq kata suka sangat brand crocodile ni.


Ni lah pak sedara yang pakai tali pinggang crocodile tu. Ahaha, not sure skarang masih crocodile lagi tak, duk nampak pakai tshirt pagoda je eh =_=


2) Nak student panggil "MADAM"

helooooo, ko dah kenapa sekali lagi. HAHAHA. i donno why, aku suka students panggil aku "madam" instead of cikgu, teacher mahupun ustajah. EHEHE. Aku dah berpengalaman sapu licin jadi ustazah, cikgu dan teacher, dah aku dapati jadi madam adalah passion aku yang infinity. Pelik-pelik je an, tapi tu lah terima kasih atas kepelikkan yang membawa kepada masa depan. HUHUHU




3) Suka bersembang a.k.a membebel

Semua orang yang kenal aku, tahu dah aku ni sejenis extrovert. Suka bercakap, bersembang mahupun membebel. So aku kenalpasti kalau jadi cikgu mengajar sekolah rendah aku tak boleh membebel secara dewasa sebab dalam kepala otak aku duk berfikir adakah mereka faham apa yang aku bebelkan. Pastu kalau jadi cikgu sekolah menengah aku pun berfikir yang sama, boleh ker sembang secara dewasa, topik-topik dewasa seperti harga rumah dan masalah organisasi dalam syarikat. Ceewaahh. Senang cakap aku suka bersembang dengan orang dah besar. Orang yang faham bahasa orang kata. Sebab tu aku kurang sifat minat kanak-kanak. In fact aku memang kurang gemar kanak-kanak, no wonder la aku pernah keje tadika tak sampai 24jam pastu terus resign. GAhahaha




4) Personality test

Aku ingat lagi masa aku di fasa depression yang teruk dulu, aku bertambah depress bila aku tak boleh kerja dalam sector administration. Senang cakap keje ofis yang berkawan dengan PC dan paper. Mesti tak sampai sebulan dah resign. Pastu aku luahkan tahap ke-seteres-san ini pada kaunselor aku. Nape aku sentiasa gagal bila keje ofis. Pastu kaunselor aku cakap "dari puan datang tadi saya perati ja puan, dan saya nampak puan kena masuk bidang pendidikkan, gaya puan kena jadi pendidik". Haa, gitulah ayat dia. Pastu bila buat personality test, memang aku more to dunia pendidikkan, sebab aku jenis suka bercerita, suka sharing dengan orang. Dan orang tu pula mestilah orang yang "faham" dan dewasa. So being a lecturer is suit to my personality. So far Alhamdulillah, aku bolehh grow dalam bidang ni, semua benda aku buat aku enjoy even ada time aku stress keje, tapi dia stress yang happy sebab boleh belajar new things. Eh senang cakap i love my job and i live with passion. Syukur.


Inilah 4 faktor kenapa aku disini harini. Sekian. Terima Kasih sudi baca, share la korang punya push factor dalam hidup pula?


xoxo

0 ulasan:

Catat Ulasan

WELCOME BACK, MADAM SYAZANA NAHWAH !!!

 Hi, tibahhh muncul dalam blog, tahu-tahu dah nak masuk tahun 2025 few days je lagi. Aci lah kan, azam 2025 nak keep sharing diari sendiri. ...

 

syaznahwah.blogspot.com Template by Ipietoon Cute Blog Design