Hi,
tibahhh muncul dalam blog, tahu-tahu dah nak masuk tahun 2025 few days je lagi. Aci lah kan, azam 2025 nak keep sharing diari sendiri. Relevant lagi ke blog tahun 2025? macam TAK. Sebab TAK lah aku nak kembali menulis. Tak cemas sangat bila tahu takde orang baca. earrkk???
Last aku menulis disini pada tahun 2022. Wow~~ begitu lama hilang passion menulis selepas aku relaps dengan depression pada tahun 2020. Ya, aku adalah seorang pejuang sakit mental sejak tahun 2020. Kesan dari kejatuhan dalam lembah depresi, aku bukan saja hilang diri tapi hilang segala-galanya termasuk marriage aku. Yang utuh dan kukuh bersama aku melalui fasa kebangkitan hanyalah keluarga aku, anak-anak aku dan 2,3 orang kawan-kawan baik aku. Btw, sekarang dah nak masuk tahun 2025, kesihatan aku sangatlah ada kemajuan. After divorce, aku makin berjuang kearah nikmat kesihatan yang lebih padu guys. Dan kesihatan harini, alhamdulillah --- sangat membahagiakan tapi masih perlu on medicine supaya stabilkan mood aku. Its ok, aku ok jur makan ubat, asal aku sihat, waras, happy dan hidup bermatlamat.
Ayuh, selaku pembuka tirai semula blog iteww, eloklah aku kenalkan diri semula. Lah, perlu ke? PERLU. kita harus berkenalan semula. HAHAHA.
Nama aku Syazana Nahwah. Dulu aku suka terbalikkan nama aku jadi Nahwah Syazana. Pastu pada suatu hari aku ditegur strangers di kampus (zaman degree). Students tu tegur macam ni "eh akak nahwah syazana kan ni?" ... aduh. antara rasa aneh dan nak tergelak, akhirnya aku decide betulkan semua nama aku seperti dalam ic. Lol. 😅 So, sejak sapaan students tu, aku guna formal name aku je untuk semua akaun social media. Tapi link blog je lah aku gunakan short name "syaznahwah". eh, blog aku kan, sukahatilah nak letak link hape. Lahhh, tibahhh emo nape kau? 😆
Aku dilahirkan pada 18 June 19xx. Well, age just a number. So keep it secret. 😝 Awal 30an alhamdulillah. Diberi rezeki kehidupan melalui fasa umur 30an. Mudahan Allah redha. Kiranya blog ni adalah zaman aku muda remaja dulu ya, kalau aku publish balik story zaman-zaman diploma dulu, boleh kena kecam dengan officemate. Sangatlah tak bermoral. 😂😂 Status terkini adalah single-mum. Ya, dah ada dua anak yang hensem, syukur. Masih single sesingle nya. Tiada ura-ura nak tambah masalah (suami) hidup buat masa sekarang. I enjoy my single-mum life. Peaceful gitue. Sekarang aku berkerja sebagai penjawat awam under KPT di Borneo (sarawak) and soon will back for good insyaAllah. Doakan berjalan lancar. 😇
Baiklah, tu je kot sebagai tanda pengenalan. Uolls boleh drop komen introduce diri korang juga. marilah kita berkawan. hehe. anything boleh email aku di syazananahwah@gmail.com atau sosial media aku, nama aku jurrr. jom jadi member. !!!
Nah, kenalkan students Madam Syazana from Politeknik Mukah.
bye, nak sambung key in markah.
xoxo
welcome back nahwah.semoga sihat selalu
BalasPadamthankyou sis.
Padam