Isnin, 29 November 2021

cara claim CREDIT ACCOUNT AirAsia paling mudah

 ihiks, hai assalmua'laikum semua.


Memandangkan aku agak takdak kerja di office sekarang, aku rasa aku nak ajar hampa yang tak reti claim credit account AirAsia dengan cara paling mudah. Kalau diingat semula, dah berapa ratus duit aku burn je dengan AirAsia gara-gara kebodohan aku chat dengan AVA sampai aku give-up. Pehal susah sangat orang lain buat senang ja. Bukti give-up yang pertama, aku telah meminta pertolongan kawan aku yakni Qistina, dia expert arr bab-bab claim refund AirAsia ni. Berbuih mulut dia ajar aku, tetap fail guys. Memang problem sistem AirAsia aku tu. Donno whyyyyyy


Sampailah takdir aku di sarawak ni, aku kenal semula dengan junior aku zaman skolah yakni Intan dan Najmi. Satu hari aku tanya Najmi cemana nak buat claim credit account, flight aku cancel. Pastu dengan confidentnya dia cakap SATGI SAYA AJAQ KAK, SENANG JA. Aku masih was-was biar betul dia ni, aku buat selama ni sentiasa gagal, senang celah mana. HAHAHA. Maka, lepas beliau ajar aku, sumpahhh wa cakap sama lu, SENANGGGG NAK MATIKKKKK. ok mari kita mulakan.....


Pertama sekali, hampa save number ni, ni number AirAsia. Yang reply mesej tu robot jugak, tapi aku rasa robot ni tak menyakitkan hati macam chat di AVA HAHAHA



011-35165078



lepas dah save number AirAsia ni, buka di wasap. Kalau tak naik hampa refresh la wasap tu. Dah naik number ni di wasap terus hampa mesej di "HI"


Pastu ambil number 2,


Pastu ambil number 2 lagi,

Pastu ambil number 4,

Pastu ambil number 2,

Pastu ambil number 1 dan bagi booking number,
Pastu dia akan minta surname dan departure


Taraaa.... seminit ja dah settle credit refund. SELAMAT MENCUBA !!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

WELCOME BACK, MADAM SYAZANA NAHWAH !!!

 Hi, tibahhh muncul dalam blog, tahu-tahu dah nak masuk tahun 2025 few days je lagi. Aci lah kan, azam 2025 nak keep sharing diari sendiri. ...

 

syaznahwah.blogspot.com Template by Ipietoon Cute Blog Design