Jap, aku tak tahu nak start cemana, maklumlah dah lama tak tulis benda ilmiah dan berguna untuk masyarakat HAHAHA. ok guys, mari kita mulakan memandangkan harini mood aku soo gooooddd dan rajin.
Sebelum aku dapat posting jadi pensyarah seperti yang aku cita-citakan sejak di bangku sekolah, aku banyak follow group-group yang memberi info mengenai jawatan kosong untuk pensyarah ni. Dari website, Facebook sampailah Telegram, ada je group info jawatan kosong pensyarah ni. Dan paling penting, ada je jawatan pensyarah ni untuk lepasan DEGREE. Ye, ADA. Sambil buat master/phD boleh gain experience jadi pensyarah biasa-biasa dulu, tu target aku.
Ok, pertama dan selamanya marilah kita semua apply jawatan DH41 di website SPP. Aku dapat kerja melalui sini. Skim pencen, jangan khuatir ya. Apply je, pastu follow FB SPP, nanti kalau ada kekosongan jawatan yang sesuai dengan qualification kita diorang update di FB. Masa tu just update permohonan kita. Macam aku dulu apply tahun 2020, pastu aku biar je situ, bila SPP maklum ada kekosongan di FB diorang aku update je permohonan aku. Apply 2020, dapat kerja setahun kemudian. Tu pasal aku cakap apply je pastu tak perlu pun nak buka website hari-hari check, just follow rapat FB SPP. Ok ni link SPP untuk korang apply jawatan pensyarah gred DH41.
Website SPP untuk apply jawatan DH41 https://www.spp.gov.my/
Ambil bahagian mySPP tu untuk apply jawatan. Pastu dia akan keluar macam di bawah ni ;
Facebook SPP untuk sebarang update https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang aku nak cerita mengenai SPP aku cerita je lah beberapa info yang orang selalu tanya aku. Untuk yang ada master dan phD boleh je apply, tapi kebiasaan offer letter untuk degree (kalau tak silap aku lah), tapi bila dah masuk kerja boleh buat pelarasan gaji. Tapi kalau yang dapat offer letter dan belum habis master macam aku, tak boleh buat pelarasan gaji bila dah grad nanti, just akan dapat markah bonus untuk SKT (sasaran kerja tahunan). Markah bonus tu menyumbang kepada kenaikkan pangkat nanti.
Ok, bawah ni aku share page-page facebook dan group-group di facebook yang banyak kongsi info mengenai jawatan kosong pensyarah. Dimulakan dengan Uitm, sebab Uitm kadang kala diorang keluarkan jawatan kosong pensyarah sambilan dimana lepasan degree pun boleh apply. Dulu aku fokus Uitm sekitar johor, sebab aku stay sana kan, jadi memang follow rapat la FB ni. Aku pernah dapat interview uitm segamat, tapi aku decline. Korang cari je page Uitm di FB, kebiasaan jawatan kosong untuk Uitm tersebut ada di page FB masing-masing.
Bawah ni aku share FB page yang selalu share jawatan kosong secara general, page-page yang aku follow rapat suatu masa dahulu ;
Doctorate support group ni kalau tak salah aku group ni terbina untuk pelajar master dan phD. Ramai share experience jatuh bangun berjaya habiskan master dan phD. Pada masa yang sama juga, ada yang share jawatan kosong universiti awam, swasta dan luar negara.
Bawah ni pula group telegram ;
Ni group di telegram mengenai jawatan DH41 dan DH29.
Zaman aku job hunting dulu, aku ada baca senior-senior share bahawasanya jawatan pensyarah ni open sepanjang tahun, just randomly hantar resume. Pastu aku ada dapat tips, try hantar resume selama 6 bulan berturut-turut di satu-satu institusi tu. Lepas 6 bulan kalau tak dapat panggilan interview boleh stop hantar resume ke IPT tersebut. So dulu aku fokus ke IPTS je, aku search di MQA senarai IPTS yang ada di negeri johor. Masa tu aku fokus johor je, korang boleh try untuk negeri yang korang target. Lecturer aku dulu share experience, dia hantar resume ke ke semua IPTS dalam malaysia dan alhamdulillah dia dapat 2 IPTS panggil interview. Senarai ni boleh cari di website MQA. Ni contoh yang aku cari dulu ;
Alhamdulillah, settle juga aku update lubuk info jawatan kosong pensyarah yang aku follow selama ni. Semoga bermanfaat untuk kalian. Dan semoga sesiapa yang tengah job hunting dipermudahkan segala urusan dan mendapat perkerjaan yang diimpikan. Pengalaman interview SPP nanti aku share next time ya. Kelas dah nak start ni HAHA,
Bye.
Mukah, Sarawak.
Assalamualaikum kak. Saya baru habis intern, kiranya baru tamat pengajian di peringkat degree..masih belum konvo. Saya juga berhasrat nak sambung master. Kalau saya nak apply menjadi pensyarah politeknik boleh ke?
BalasPadamboleh sangat
PadamAssalamualaikum kak. Harap akak dpt buat entry tentang pengalaman akak interview utk jawatan pensyarah ni. Terima kasih :)
BalasPadaminsyaAllah
PadamAssalamualaikum kak. Harap akak dpt buat entry tentang pengalaman akak interview utk jawatan pensyarah ni. Terima kasih :)
BalasPadam