Jumaat, 26 Mei 2017

13 tips saya untuk dapat 4flat

Alhamdulillah. Dengan segala nikmat kebaikkan,ihsan dan rahmat Allah bagi dekat aku, urusan pengajian aku semuanya mudah belaka. Alhamdulillah. Setiap sususan dan ilham yang Allah bagi dan uji Alhamdulillah indah indah belaka. Sekarang aku dah semester 4, insyaAllah lagi 2 semester tamatlah sudah kisah aku ulang alik pergi kelas untuk degree ini. Ye, baru sem 4 ada rasa "rajin" nak habiskan typing di blog. Semester sebelum ni type sekerat jalan peram sampai harini tak ter-update :D  Kalini sebab dah janji dengan diri sendiri kalau aku dapat achieve target yang aku aim, aku akan update blog untuk kongsi dengan semua orang. To help others  :)


Sejak semester lepas (semester 3) aku asyik google "how to get 4flat" wakakaka. Malunyaaa nak habaqqq. Tapi ni lah fakta yang perlu diterima. Namun, apakan daya, ramai yang dapat 4flat semua takda masa nak shareee macam mana depa study. Start dari tu aku macam geram jugak dan janji dengan diri sendiri, kalau aku dapat aku nak share macam mana nak dapat 4flat tu. Walaupun aku ni so so ja. tak pandai pun :( Tapi aku yakin dengan Allah, kunfayakun. Tapi yang bestnya sepanjang aku google tu aku jumpa seorang ukhti solehah Sharifah Abdul Samad dari Kuis, yang memang pandai. Dari awal masuk universiti setiap semester sapu licin anugerah dekan dan dia juga penulis buku #akubudakdekan. Cuma buku ni je aku tak sempat beli lagi. InsyaAllah sem ni aku nak cuba dapatkan sebagai pembakar semangat dan motivasi untuk diri yang selalu down. Oklah, aku nak pendekkan entry ni , nak tengok movieeeewwww pulak . ihiks.

PERINGATAN : tips ini hanya sesuai untuk mereka yang tak pandai macam aku, lambat jugak faham dan ingat tapi ada impian nak dapat dekan. pheww~



Pertama. Bila cuti sem aku dah buat review tentang subjek sem depan yang aku bakal pilih dan ambil dekat senior. Penting sangat build a good relationship dengan senior. Hehe. Depa ni la akan habaq lecturer mana baik hati dan tegas dan peel setiap lecturer, juga pantang larang. wahh, gitu~ Jadi bila dah ada gambaran barulah nampak macam mana aku nak hidup sem tu dan being a good one. Kalau yang banyak feedback "aku tak mau dah ambil dengan lecturer tu" yang ni komfem aku hold dulu dan berdoa semoga karma Allah berlaku sem lain tukar lecturer. hehehe. Bila cuti sem jugak aku dah settle print out soalan final, file, buku untuk catit nota, stationary comel-comel (penting untuk nampak nota comel haha), dan segala yang berkaitan ke kelas dengan lengkap. Masuk sem dah takmau nak serabut fikir itu tak cukup ini tak cukup. Kesanya aku memang bersemangat dan bersedia untuk belajar. Alhamdulillah. Oh ya, timetable semua tu print lekat di dinding sekali. Takda tengah sem nak print lain sebab hilang. Aku taksuka benda remeh macam ni, memang ganggu aku punya panic. :D

Kedua. #lupadahapa .Sebelum masuk kelas, aku cuba sedaya upaya baca dulu sebelum belajar untuk kekalkan fokus. Ni je cara nak fokus. Kalau tak baca dulu memang ke laut jugak masa lecturer tengah ajar. Tapi taklah everyday. Kalau sempat je. Selalu aku akan baca bila time gap kelas yang 2,3 jam tu. Sebab masa tu taktau nak buat apa kan. Nak bergosip sejenis manusia hidup takda kawan hahaha. Tapi time malam aku memang tak study di rumah. Tak sempat lah dengan nak urus rumah, kerja dan anak. Memang mostly masa study di Insaniah saja time gap tu.



Ketiga. Assignment. Ni aku sangattttt jaga sebab aku serik percaya dekat kawan masa sem satu dulu. Tu lah kali pertama dan terakhir kawan aku print asgnment just pap clip atas gondol gitu ja bagi. Serius weh, sepanjang hidup tak pernah submit assignment macam tu dan subject tu aku dapat B+. Buta-buta ja markah assignment aku kena cut down ! Sejak pada tu memang aku sukarelapaksadiri bab assignment aku akan compile dan last cek. #amboikemain. Bukan apa, kadang sakit hati jugak bila kita cari macam-macam source dan bina ayat perah otak sendiri nak siapkan part kita, tengok-tengok part kengkawan copy paste siap pakej bahasa indon. Sebab aku malas nak cakap, aku buat balik sendiri. Baiki sorang-sorang, buang bahasa indon. Kalau nak dapat 4flat memang tak boleh berkira ! Pada aku satu ja, Allah count it. Moga ni asbab Allah nak bagi 4flat. Positif je, paling tak pun knowledge kita increase tau.

Keempat. Love your lecturer. Ni adalah asbab aku belajar dengan happy. Aku belajar menyayangi dan mencintai lecturer aku sejak sem 1. hehehe. Aku ingatkan diri aku, adalah menjadi satu masalah besar bilamana lecturer tu tak kenal nama aku. Memang problem walaupun lecturer tu kenal sebab selalu tak datang kelas #lantaklah asal kenal aku. Ok ni bukan lawak, tapi betul. Masa sem 1 je lah, ada satu subject tu aku selalu tak sempat pegi kelas sebab kelas 8pagi. Aku duduk jauh masa tu dan alasan aku di reject. Timbal balas, aku study kaw-kaw subject tu sampai dapat A dan sampai sekarang we have a good relationship like 'friend' . Alhamdulillah. Ni tips paling penting sebab kalau kita tak sayang dan suka siapa yang ajar, please say goodbye to succes and say hi to fail #seram.



Kelima. Bila dalam kelas berlumba lumba untuk duduk depan. Walaupun hakikatnya takperlu pun berlumba wahaha. Penting duduk depan sebab mudah faham, tak berani main handfon dan lecturer mudah kenal dan dengar dengan jelas. Benefit duduk depan juga akan membuatkan aku perlu ke kelas awal (sebelum lecturer masuk) dan kalau ada subjek yang memang memerlukan daya kefahaman yang tinggi aku lebih fokus. Bila aku datang kelas awal, aku jadi lebih selesa dan santai dan tak panic #budakmudahpanic .

Keenam. Bila aku dah review subjek mana susah giler dan aku ambil subjek tu, nak tahu apa aku buat? malunya nak habaqqqq... nampak sangat aku memang bukan budak cerdik hahaha. AKU RAKAM !!!! yes. aku rakam apa lecturer cakap. Contoh semester lepas subjek strategic management dan subjek production and operation management. Dari awal kelas sampai last kelas aku rakam. Bila nak final aku dengar balik apa lecturer ajar tu by topic yang aku nak study. Memang rasa macam lecturer ada depan aku sangat. Kalau aku ada emergency kena keluar kelas tiba-tiba, aku rakam jugak. Biar je fon tu, nanti senang nak study balik. Pada aku, cara ni sangat effective untuk aku, untuk subjek yang sangatttt susah. Tanya je lah mana-mana student BBA, dua subjek tu memang "killer".

Ketujuh. Misi satu hari satu jam. Misi ni aku buat untuk subjek yang paling payahhhhhh untuk semester tu dan yang palingg aku tak suka. Contoh masa semester 1, subjek accounting, aku memang tak suka account, tapi aku takut tak dapat Dekan (masa tu nak dekan je hahaha), aku paksa diri study sehari satu jam. Memang buat jadual siap tarikh untuk tik study ke tak. Subjek account ni memang aku tak boleh go sangat, tapi aku punya rasa takut fail tu tinggi, bila seminggu sebelum mid-term dan final setiap hari aku bangun 4pagi study subject tu. Subhanallah kalau ingat balik, kuasa Allah. Memang sangat mudah faham dan ingat dan yeeaayy subjek akaun tu aku dapat A+ . Macam subjek semester lepas aku hanya buat misi ni dekat subjek production sebab subjek ni calculation. Calculation ni benda tak boleh tinggal ye, kalau tak cepat lupa.

Kelapan. Nota by chapter. Setiap kali habis belajar satu-satu chapter aku akan buat nota terus. Aku belajar bersedia sebelum exam. Nanti bila nak exam aku just buka balik. Memang buat nota tu seolah-olah esok final. Jadi aku akan buat yang lengkap selengkapnya. Kiranya, nanti study tak perlu buka buku dah. Yang ni memang kena gigih sikit lah, nak dapat 4flat kan..hehe. Alhamdulillah, bila gap aku akan ke library dan buat nota, kadang buat di rumah kalau anak tidur awal. Bab study di rumah ni memang kurang sangat, sebab aku jenis balik rumah kosong-kosong bukan masa dengan buku dah. Ni aku lah. Kalau boleh tu, janganlah ambil nota kengkawan, avoid it. Buat sendiri sebab tahap kefahaman kita berbeza, stail study kita pun berbeza. Paling koman orang kata, bila buat sendiri kita akan BACA.


Kesembilan. Skor all out untuk carry-mark. Aku ni dah biasa dah kalau lecturer cakap aku "perfectionist" atau "tamak markah" hahahahaha. Memang dua ni ja lecturer nak cop aku. Bila buat tutorial dan assignment buat yang terbaik. Aku selagi boleh lecturer tu cek, aku akan submit sampai lecturer cakap, "ok dah full mark". Takpayah lah tengok groupmate tak workhard ke apa, biar je. Nak dapat 4flat kan.. kena berkorban. hehehe. Bila mid-term dan kuiz pun cuba yang terbaik sebaiknya skor. Carry mark penting, aku pernah dapat carry mark 49/60 dan aku dapat B+ dan carry mark 50/60 dapat A. Pada aku, jenis diri aku, kalau carry mark 50 keatas dah boleh dah nak berangan dapat A, kalau 49 ke bawah, memang aku rasa perit jerih jugak dan aku pun tak pernah lagi dapat A dengan carry mark 49 kebawah. Memang penting tamak carry mark. Senang cakap, pada aku kalau carry mark 60% ni, workhard tu dari awal semester sampai final. Memang takda istilah goyang kaki. kalau di uitm dulu carry mark 40%, memang boleh senyum lagi lah kalau carry mark tak sampai 30 pun. Masih ada nyawa gituu~~~

Kesepuluh. Kenal cara study. Yang ni penting. Alhamdulillah sejak aku semester 2 diploma dulu, Allah ilhamkan aku cara study aku yang berkesan. Aku jenis kalau study tak boleh duduk atas kerusi, tak boleh tengok manusia dan tak boleh study group. Study group ni memang powerfull tapi ineffective untuk aku sebab aku suka sembang wahahahaha. Tapi masa degree ni aku buat jugak study group, cuma dengan sorang kawan ja. Tak boleh lebih sebab satgi aku pening banyak mazhab. kan aku cakap pemahaman kita berbeza. Dan yang paling tak boleh blahh bila buat study group aku nak aku jaa cakap semua topik, explain semua topik. #silakecam. Tapi cara macam ni lah aku uji kefahaman aku tentang topik tu . Kalau aku explain kawan aku tak faham itu bermakna aku belum faham topik tu. Haaa..gituuu. Bila final exam memang aku akan separate tempat study aku dan Abbas. Kebiasaan musim final, tu lah tempat solat, tempat study dan tempat tido. Memang takda life weihh. Misyaal pun aku hantar balik kampung bila final. 



Kesebelah. Tips deal dengan study week. Sebelum start study week aku seawalnya cek jadual exam. Macam semester lepas, 3hari berturut exam. Jadi aku awal-awal dah buat jadual study. Tips lecturer aku masa di uitm dulu bagi (madam chatilla @ syikin) , study yang paling payahhhhh dulu. Yes, its work. Dua tiga hari awal aku study subjek yang paling payah. Lepas tu aku siapkan nota mana tak siap dan baru start study mana yang exam dulu. Macam semester lepas yang 3 hari berderet tu, aku start buat nota yang 3 hari tu dulu sebab aku tau dah, komfem boleh mati kalau tak settle awal. Direct weihhh. Kesanya, bila exam 3 hari tu Alhamdulillah aku just remind balik ja. Tak teruk sangat nak study. Cuma buka nota yang lengkap penuh warna-warni tu ja. Yang paling aku ingat sebelum study week tu aku ada baca founder facebook cakap "hari-hari dia akan pakai baju yang sama sebab nak jimat masa" ... Memang menusuk kalbu. Study week semester lepaslah kali pertama aku apply prinsip tu. Memang aku pakai baju sama jaaa sebab taknak habiskan masa iron baju dan pilih baju. Nak study jaaa. Kalau ada yang perasan, exam semester lepas aku hanya pakai baju yang sama dan tudung yang sama untuk 6 hari exam tu. Hahahaha. Memang terdesak nak 4flat sangat semester lepas. Masak pun takmau, sebab nak jimat masa. Tapi takdalah sangat duduk 24 jam mengadap buku ja sebab aku kerja. Bila time kerja, pi kerja, bila time solat, solat. Oh cakap bab solat ni, semester lepas memang sycho jugak lah aku. Pernah aku tengah buat nota di lobi fakulti, then dengar azan zohor, kebiasaan aku akan siapkan nota ja, baru solat, tapi masa tu aku siap cakap dengan diri aku "masa zaman nabi dulu, ada sabahat yang sangat tinggi pergantungan dengan Allah, nak letak satu bata ja siap dah rumah, tapi dia tinggal pergi solat dulu. Aku pun apply walaupun nak tulis satu huruf ja siap dah nota. Aku tinggal, dan pergi solat. Masa tu aku fikir, yang nak bagi 4flat tu Allah"

keduabelas. Bukan jenis stay up. Ni bukan aku. Sebab dulu masa diploma aku macam ni dan its not work for me. Aku kenal diri aku jenis kena ready awal dan kena tidur. Lepas study aku kena tidur sebab aku rasa benda tu baru betul-betul masuk dalam otak aku bila aku bangun tu aku uji diri aku ingat ke tak. Sebab tu penting kenal cara sendiri, jangan ikut kawan. Stail masing-masing. Sebelum ingat aku akan cuba faham. Kalau tanya senior tak dapat jawapan aku akan tanya lecturer. Setakat ni Alhamdulillah, kalau wasap lecturer balas je. hehehe #jasamudikenang

ketigabelas. Rohani. Ni biasalah, bila nak exam akulah isteri paling solehah di muka bumi ini. Apa pun yes yes yes. Tak berani nak ingkar apatah lagi melawan cakap takut tak dapat 4flat. wahahahaha. lepas exam durharka balik ye dok. hahaha. Lepastu memang setiap hari cakap dekat Abbas "doa la bagi Ana dapat 4flat, macam-macam nak beli ni" ok yang belakang tu dalam hati je cakap. hehe. Then, bila bersedekah tu niat apa kita nak dan bila jumpa orang yang lebih susah sedekah dan minta depa doakan kita. Urusan hidup aku banyak mudah dengan doa orang-orang macam ni. Percayalah, sambil bagi sedekah dekat pasar malam tu, cakap dekat pakcik tu "doakan saya ya pakcik dapat 4flat semester ni" . Nak 4flat kan.. kena gigih. hehehe Dan akhirnya, (sebenarnya ni yang utama) Doa minta pada Allah yang tak pernah henti walaupun aku tak layak pun, tapi yakin dengan Allah, Allah boleh bagi semua tu. Nak tahu rahsia paling hebat yang di kongsi kak sharifah yang aku apply ,

"bila minta dekat Allah nak 4flat, minta sekali Allah bagi dekat kawan-kawan (kalau aku sekali include nama suami), sebab apa? sebab bila kita doakan kebaikkan untuk orang lain, malaikat doakan pula kebaikkan tu untuk kita.. doa malaikat kot, bukan biasa-biasa" -cuba apply, insyaAllah. Tak pernah rugi yang namanya doa dan kebaikan. Trust me !




Ni jelah tips aku, apa aku buat semester lepas. Semester sebelum ni aku dekan ja, dan baru aku perasan, semester lepas memang berbeza dengan dua semester lepas. Dan paling penting untuk aku bagitahu, memang seronok sangat dapat 4flat, memang menangis cek result dan seronok tu sekejap ja, sehari dua ja lepastu tu rasa stress balik sebab perjalanan belajar ni belum tamat. hahaha.

xoxo


p/s : doakan aku semester depan ya. diberi kekuatan untuk jadi lebih baik dan semangat . ameen

Tiada ulasan:

Catat Komen