Sabtu, 24 Julai 2021

I'M BACK GUYSSS !!!

Salamua'laykum everyoneee !!! i'm back !!!! aku tengok dalam list aku publish entry last is 2017 HAHAHA, ada jugak yang masih di draf dan pengakhiranya hanya tulis tajuk je. How time flies guys. Baiklah, mari kita berkenalan semula. Heee.. Ini adalah 'aku' yang paling latest, kot lah hampa dah lupa ..



Marilah kita berborak secara rawak, rasa nak tulis apa aku buat selama menghilang dari menulis. Ntah lah, rasa hidup tak busy pun, tapi malas mungkin. Sayangkan bila malas, rugi kenangan-kenangan selama ni tak dapat nak ingat balik.

Aku dah habis degree pada tahun 2019, dah konvo dah. Masa aku konvo Abbas takde, masa tu kami #pjj malaysia - korea. Pada tahun 2020, aku decide nak sambung master, kiranya sekarang aku in progress lah buat master di UTM, skudai.  Sepanjang kami #pjj, aku sempat ke korea 4 kali dalam masa 2 tahun. Jangan tanya lah pasal explore korea, aku banyak dah lupa. Hanya ada gambar sebagai kenangan. Pada tahun 2019, kami suami isteri puas hati giler dapat tunaikan impian Misyaal nak main salji. Kena pulak rezeki tahun 2019 di korea salji lebat, bukan main seronok dia sampai self claim dia lahir di korea bukan malaysia. Hahaha




Lepas episod #pjj selama 2 tahun, kami berhijrah ke negeri selatan, sebab tu aku sambung study di UTM skudai. Aku sangkakan bila berhijrah hidup penuh bunga dan cahaya indah, tapi disebalik tu aku diuji dengan depression dan bipolar. Puncanya bila kami suami isteri 'lari' ke johor untuk jauh dari family Abbas yang toxic dan hipokrit, kami ingatkan bila kami lari hidup kami lagi tenang, rupanya lagi serabut bila depa duk kalut nak mai. Terus segala sakit hati selama ni keluar habis, dan aku telah di diagnos with depression and bipolar type 2. Sekarang dah setahun aku on ubat untuk stable. Struggle sangat. Dalam tempoh aku survive dengan mental illness ni, sempat lagi aku pregnant kali ke dua. Pregnancy kalini dah well plan, maka hidup perlu diteruskan. Memang high risk betul, ambil ubat psy bila pregnant, tapi tu je pilihan yang ada. Cuma masa pregnant dose paling minimum, sekarang dose mencanak dah. But Alhamduillah, i'm stable. Kadang-kadang bila dah 'malas' makan ubat ja aku macam unstable. Aku usahakan tak berlaku. Aku nak hidup normally like others.

1 febuari 2021, sekali lagi aku bersalin secara c-zer. Yes, kalini memang pilihan. Aku terus serah diri untuk c-zer sebab aku tak boleh survive sakit contraction, senang cakap bila sakit aku jadi stress sebab aku ingat memori hitam masa bersalin Misyaal. Kalau hampa nak tau lah, masa aku sakit nak mati bersalin Misyaal, aku call Abbas sambil nangis-nangis bagitau aku sakit (aku rasa benda ni normal kot), then sebelah Abbas ada pak dia, Abbas slowly pujuk aku, tenangkan aku, pastu tiba-tiba pak dia cakap,

"biar ja, jangan duk layan sangat"

giler weih, dia cakap macam tu. Telinga aku dan Abbas saksi kami dengar. Terus aku stress and effect baby, sebab tu masa Misyaal jadi fetal disstress. Jadi bila nak bersalin kali kedua, aku teringat terngiang ja ayat kejam pak dia tu, so aku jadi stress. Sebab tu aku pilih serah diri terus kali kedua ni. Senang. Aku malas nak berkias dah sekarang, lagipun semua orang mostly dah tahu kisah di balik jubah dan purdah family Abbas, so aku directly je lah cerita apa 'trauma' aku dalam hidup ni. Chill ok. 


Abdullah Izz Yusuf Bin Abbas Afifi


Selain pada tu, dalam fasa aku survive dengan masalah mental unstable, aku cari pasal lagi apply keje sebagai guru ganti untuk cantikkan resume aku Hahaha. In fact, aku nak masuk society balik setelah sekian lama aku 'takut' menghadapi dunia luar. Secara jujurnya aku memang tak boleh survive masa kali pertama kerja, anxiety aku teruk, bipolar aku masih belum overcome. Mujurlah ada pkp, aku tak jadi quit. Rezeki resume aku cantik sikit Hahaha

Bercerita pasal Abbas, he is a devote and supportive husband. Aku malas nak suruh dia pilih nak backup family dia ke aku, dia sendiri pilih berpihak pada aku lepas dia sendiri tengok perangai family dia macam mana. Kiranya bukan di pihak aku ja, sampai ke kawan-kawan biras aku semua dah buka cerita pasal family ni. Haha Bila Allah nak tunjuk guyss. So Abbas macam biasa, focus kerja, isteri dan anak-anak. Takde benda menarik pun pasal dia aku nak update melainkan tahap supportive dia yang sukar dijumpai pada mana-mana lelaki. gituewww. Malas la nak cerita issue mental illness ni, sampai tahun depan pun tak habis. Jap aku nak ingat apa lagi memori secara summary untuk aku tulis. heee

Oh ya, sebelum Abbas back for good, aku sempat travel ke Sabah dengan Misyaal. Salah satu impian aku untuk bonding time dengan Misyaal sebelum dia ada adik tercapai jugak. Kiranya sebelum adik dia keluar, boleh dikatakan impian aku untuk dia hampir kesemuanya tercapai. Yang belum tercapai satu je, dia belum baca quran. InsyaAllah tak lama dah boleh baca quran. Aku start speed dah ajar siang dan malam. Mudahan Allah murahkan rezeki Misyaal mudah belajar dan fahami al-quran. Ameeen. Sekarang, Alhamdulillah kami berempat hidup dibawah bumbung yang sama penuh harmoni dan gurau senda. Dah tak #pjj Alhamdulillah.

Ok lah, tu je lah kot selaku mukhadimah kembali menulis. Apa yang baik jadikan pelajaran, apa yang buruk jadikan sempadan. I am a human too.






bye, xoxo.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan