Isnin, 21 November 2016

Shortvacay to Cameron with my family

Last few days,  tanpa dirancang dan sengaja memaksa diri pergi jalan jauh hidup dalam kereta yang 5seat dan ahlinya 8 orang,  telah membuatkan aku memahat memori itu disini.  Ahaks. 

Hi.  Beberapa hari sebelum khamis baru-baru ni adik aku ada call,  bagitahu nak pegi Bangi hantar adik aku yang study di Kuis.  Dalam kepala otak aku masa tu hanya terbayang keenakan satay kajang Haji Samuri. Menitik air liur i tau ingat sambal pedas deme. Terus aku bagitahu adik aku yang kami bertiga nak ikut sebab aku assume ayah aku akan guna kereta mak aku bukan kereta ayah aku.  Tanpa fikir panjang aku pun packing lah barang dan khamisnya balik Pendang.  You know what,  tiba tiba mak aku bagitau nak naik kereta ayah aku sebab kereta mak aku lampu apa ntah tak ok plus adik aku punya barang tu weihhh macam study oversea baqhanggggg.  Banyak nak mampssss.  Takkan aku tak pi kan,  dah balik kampung dah.  Otak pulak duk terbayang satay tu,  aku pun redhooo lah bersempit sempit demi 20cucuk satay.  Hahahahaha

Dijadi cerita,  sebab bertolak malam,  mak aku plan nak ajak ayah aku naik cameron stay semalam disitu. Aku pun macam ok jeee lah sebab free kan.  Tak mengeluarkan uwang aku kan.  Hahaha.  Terus aku menggoogle dan tanya kengkawan di group Cameron,  mana homestay yang boleh cek in malam tu jugak dan cari habis murah.  Dapatlah yang rate rm100/semalam. Dibawah sekali aku review homestay nih k. 

Kami sampai dalam 10.30 malam.  Keluar highway pendang dalam lepas maghrib.  Driver is baba Misyaal.  Dalam 3jam lebih.  Boleh tahan pinggul kaki dan segala otot aku kremm habis. Sampai tu memang semua kedai ke apa ofkos tutup arhhh.  Yang ada hanya cuaca sejuk yakmat.



Our #shortvacay start thats morning.  Bangun pagi shower yang air panas tu rosak.  Hahaha.  Lepas aku guna pulak tu rosak.  Omememe.  Yang lain pakai jerang lah air.  Malang lagi lepas pada tu kattle pulak rosak hahahhaha.  Nasib Misyaal ja tak sempat mandi.  Memang jerang air guna dapur gas dekat Misyaal.  

Lepas cek out apa semua,  lepak sat bawah homestay tu.  Abbas dan adik Muhammad aku nak pekena nasi kerabu.  Kata depa sedap.  Ntahlah aku tak makan pun. Habis makan,  kami terus ke Stawberry Big Farm.  Aku lah gegeh nak datang ni sebab nak makan benda alah tu. Ihiks.  Lagipun nak cecepat ja, nak rushing ke Kuis kan.  Jadi aku lah yang lead #shortvacay tu nak kemana dan sebangainya.  Dah aku lead ofkos segalanya yang no fees hahahaha. 



Dalam sejam di situ terua ke Kea Farm.  Asal tujuan nak beli kobis je k sebab maklang aku oder.  Alih alih dah sampai ayah aku terjatuh cinta dengan sayur situ dan terus decide balik kedah malam tu jugak sebab takda tempat simpan sayur dia beli.  Kalau tak we olls nak balik sabtu.  Musnah impian aku nak ke Ikea.  Sobs. 

Lama jugaklah di Kea Farm tu,  kami terus ke Barat Tea.  Konon mak aku nak beli teh bagi orang kampung dia *eh*. Tapi tak beli pun haa.  Singgah takat tumpang toilet dan adik qillah aku paw ais krim ja.  Then kami terus ke Kuis. Sampai Kuis tu dalam 6 lebih jugak lah.  Settle adik aku angkat barang dia terus ke rumah Paklang dan Maklang aku untuk pekena satay kajang.  Settle semua dalam jam 11 malam bertolak balik kedah dan sampai kedah dalam 4pagi.  Abbas drive sampai Tapah,  ayah aku sambung drive sampai Pendang.  Ya Allah tak tau nak habaq letih yakmat tu lagumana dengan sempit dengan meriba Misyaal.  Demi satay kajang ja aku sanggup.  Amenda la perangai mak hang Misyaal oi.  Hahahaha.  Sumpah macam nak patah tulang belulang aku. Turun cameron ikut jalan Tapah pulak sampai pening muntah muntah aku.  Memang takmau dah arhh pi cameron lepas ni.   Stress pulak aku ingat balik hahaha tapi sebab all is free aku kembalu happy.  Well aku kan suka benda free.  Ekekekeke. 


REVIEW HOMESTAY


*gambar dalam rumah aku cari tak jumpa pulak.  Btw sesapa nak stay sini boleh email aku.  Aku bagi number tuan rumah tu. Rumah betul2 di pekan Tanah Rata.*

Ni aku punya review yang palingggg jujur k.  Pada aku, aku bagi 3.5/5. 

✔ rumah bersih apa semua ok lah.  Cuma tingkat 4 dan takda lif.  Memang kaki aku nak patah.  Mak aku masa naik dan turun beletiaq kot dekat aku hahahah.  Apabenda hang ni,  murah tapi tinggi nak mampsss.  Heee

✔ rumah macam flat.  Jiran banyak india.  Tapi bau persekitaran ok je. 

✔ bilik ada 2 yg ada katil. Bagusnya tuan rumah ni bagi tilam bujang banyak extra,  banyak toto dan selimut tebal.  

✔ barang dapur tak complete. Takat masak megi ok lah.  Masa aku pi barang macam baru je semua, aku rasa aku diatara yang terawal stay situ.  Mungkin tuan rumah baru buat homestay kot. 

✔ shower panas rosak kot.  Sebal arhhh

✔ takat tido semalam ja pada aku ok lah.  Sebab aku jenis tak kisah sangat,  asal boleh tido.  Huhu

✔ kalau jenis tak kisah macam aku,  asal boleh tido aku recommend, kalau nak lebih selesa dan lawa tempat boleh book hotel.  Hoho. 

Macam hapa kan review.  Sebab aku tak pandai review sebab aku jenis ok je asal murah bahahahha. 

P/s : doakan result exam aku sem lepas lebih baik dari sem satu.  Ketaqqq aihhh.  Hihi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan