Khamis, 22 September 2016

Misyaal #update

Rasa macam baru semalam masuk bilik operate, eh harini Misyaal dah besar sangat dah rasa 😢 mama type entry ni umur anak mama lagi berapa hari je cukup 1tahun 5 bulan pada 26 sept 2016. Satu tahun setengah i cannot believe my son dah tak macam baby baby dulu yang not understand anything dan mama baba boleh ignore je Misyaal main sensorang. Sekarang Misyaal dah besar, dah faham beberapa arahan mama baba terutama buang pempes. Memang tepat masuk dalam bakul sampah Misyaal buang. Suruh masuk toilet, masuk bilik semua dah tahu.  Arrrr tak percayanyaaaa Misyaal makin besar dengan cepat tapi mama baba makin sibuk dengan dunia 😢😢😢😢 Allah. Dear son, i write this to night before i sleep because i really miss you. Rindu Misyaal yang baby dan diaaammm je tuuu. Sekarang ! allah. Super duper active nak explore dunia. Yang penting aktif cemana pun Misyaal , mama still tak turun turun berat hahaha 😂😂😂 and more thing you should know, rumah kita dah macam er er hahaha semua benda kena kunci ok. Bilik kena letak selak semua untuk minimumkan keletihan mengemas bilik. Rak-rak kabinet dapur pun kena letak selak ye Misyaal sebab bawang, minyak dan segala macam Misyaal selalu buat main. Huhu. Korbanlah jugak sebekas garam mama Misyaal tertumpahkan sebab nak explore kabinet dapur mama. 😂 takpe, one day you will read what i was write about you. Please smile and you always my fav son 😘


Tiada ulasan:

Catat Ulasan