Rabu, 6 Ogos 2014

UJIAN yang kami lalui sebelum SAH

Assalamua'laikum w.b.t

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

* I was warded and Abbas was sleeping. So, this is a good time to update my diary. Bored_1.44 am_KMC *

Kali ni nak cerita tentang ujian halangan rintangan dugaan yang kami lalui sebelum lafaz sakinah terucap abadi. InsyaAllah boleh jadikan ianya persediaan untuk bakal-bakal yang lain bersedia untuk menghalalkan sesuatu yang haram. InsyaAllah. Kalau orang tanya aku "kenapa nak kawin awal sangat? " ... it is quick hard for me to give the answer. Yes, tak semua tahu. Aku rasa Abbas and sorang kawan aku tu je tahu hakikat sebenar kenapa. Kawan aku tu pun tahu sikit-sikit ja. Kerana jawapan itu berkaitan keaiban orang-orang lain jadi aku tak boleh bagi tahu. Apa yang penting after that life aku macam tenang lenang tenteram. And everybody macam OK.

alhamdulillah after 2years kami kenal each others, we decided to married even at early age. Eah.. even aku macam rempang gamble ntah pa pe aku tetap tak suka bertunang tak rasmi lelama. Tu prinsip aku. Setahun lepas kami kenal, raya haji tu Abbas and family datang rumah aku beraya. Start pada sini memang ujian pelbagai sampai aku macam down gila.

Ujian pertama kami masa nak bagitahu family memasing tenang pilihan kami. Masa aku bagitahu family aku benda ni jadi macam tak sengaja bila sembang-sembang dengan mak sedara semua, mereka tanya aku dah ada someone ke, aku pun dengan gelojohnya terus bagitahu YES. Nama dia Abbas Afifi. Tinggal d Alor Star. 8 beradik dulu Maktab Mahmud Yan sekrang Insaniah. Sebelum tu DQ. Beheeeee. See, gelojoh kan orang tak tanya aku dah bagitahu hampir full biodata. Hakhahak. Then mak mak sedara aku tanya-tanya centu je la sambil stalk fb Abbas. Is ok.

Jadi bila aku dah ada seseorang kan, aku dengan Abbas pun merancang sehebat-hebatnya untuk pertemukan dua famili. Jadi disebab hari raya, kami decide datang rumah ja. Disini macam skill penipuan tu di aplikasikan sedikit laa. Teheee. Aku bagitau mak aku "emm... family abbas nak datang raya dirumah boleh x? " masa ni memang ketaq toksah habaq la weih... Abbas adalah LELAKI PERTAMA yang jejak rumah aku , jadi guest famili aku. Bepuluh puluh kengkawan lelaki pun takda yang pernah datang rumah aku sebab prinsip amanat aku lelaki pertama yang jejak rumah aku dia la akan jadi suami aku. Lepas aku bagitau mak aku famili Abbas nak datang, tetibanya mak aku cakap "ok. Ayah pun duk tanya bila depa nak mai rumah". Syukur.

Part sebelah Abbas pulak dia kami plak cakap macam ni "ummi, abah, famili Nahwah jemput datang rumah raya ni"... beheeee.. macam keling kan tapi tak kantoilah plan kami semua tu..jadi datang lah mereka sekeluarga pada hari raya. Ujian yang aku nak bagitahu ialah sebelum mereka datang mak aku ada tanya aku "kalau depa datang esok, kalau mak tak suka Abbas, tinggal ja dia ".. gurlp ! ALLAH. Masa ni memang aku aplikasikan Tips yang aku bagi tu oke. Pasrah sepasrahnya lah.
Disebelah Abbas pun ummi dia cakap "datang ni ummi taknak ada pape ye, means datang biasa ja bukan merisik ke bertunang ke, semua tak ! " ..is ok, kami pun just nak kenalkan antara famili serasi ke tak... Alhamdulillah Allah Maha Mendengar, famili kami boleh accept antara satu sama lain. Syukur.

♥ cinta itu kalau tepat masanya, siapa, diamana, bila ai adalah satu kuasa yang luar biasa ♥

Bila dah fasa 1 pass, masa ni ujian bagai nak rak untuk kearah perkahwinan. Aku cerita apa aku ingat je lah. Ujian seterusnya pada kami ialah PANDANGAN MASYARAKAT. Yes. Zaman sekarang masyarakat macam poyo ntah pa pe ja sibuk hukum itu ini. Ibarat menghalalkan yang haram. Menjijikkan yang halal. Masa ni memang aku kena hentam teruk sangat-sangat dengan segelintir masyarakat sebab aku nak nikah muda. Yes i know aku perempuan yang tak tahu apa-apa, life aku macam easy gila, rasa lapar aku beli makan, takda duit aku minta kat ayah aku, rasa nak keluar aku blah gitu ja sampai mak aku call berjuta kali, dapur sumpah aku tak masuk nak masak dan segalanya bab kegirk girl ni aku fail gila. Jadi bila aku cakap i need marry orang macam maki aku lebih-lebih r. Seolah olah aku ni dah black list nak jadi isteri solehah. Heh!... Takan kata kesat carut marut macam dah sebati dengan jiwa aku. Telinga pun macam pekak dah. Mula-mula kena maki orang kata gedik sangat dah ke, galak sangat dah ke, tak tahan sangat dah ke dan macam-macam lagi lah, aku sampai menangis teruk ibarat nak lari ke amareka dah. Down sangat. Masa tu kami memang saling support each other sebab famili kami pun tak support. Mereka tak support kami kawin awal tapi mereka tak membangkang pilihan kami. Terima pilihan pasangan tapi tak support kawin awal. Masa ni jugak aku banyak minta nasihat ustaz-ustaz dan senior yang kawin awal.

Pernah satu masa aku cakap dekat ustaz aku "takpelah, saya taknak kawinlah dah susah sangat. Nak tinggal ja Abbas. Kalau nanti ada jodoh adalah. Penat letih dah rasa sabar dengan mulut-mulut yang tembak macam peluru israil" ..
Apa ustaz aku cakap "takkan nak stop semua ni , nahwah dah usaha sampai tahap ni, sikit je lagi. Abbas betul-betul nakkan nahwah. Sikit ja lagi sabar"
Aku suka minta nasihat ustaz-ustaz aku sebab bila aku menangis down dengan ujian mulut masyarakat mereka brain wash aku dengan ayat al-quran. Jadi hatiku pun tenang. Alhamdulillah.

"HIDUP INI TAKKAN PERNAH LARI DARI UJIAN. LEPAS SATU AKAN DATANG SATU PULA. HANYA ORANG YANG SABAR AKAN DEKAT DENGAN ALLAH" -ummu Abbas

Bila mulut orang aku tak hiraukan datang pula ujian yang lain iaitu masalah dengan kekakak ipar, pheww ! Masa ni memang bergaduh bagai nak rak jugak antara aku dan Abbas gara-gara kakak-kakak Abbas. Macam-macam saling judge antara satu sama lain. Macam biasa aku asyik-asyik tak mau kawin ja sebab masalah dengan kakak-kakak dia. Dicucuk pula dengan kawan-kawan aku yang dengki "hang tinggal je la Abbas tu, tension tau tak ada kak ipar banyak "..
Jujur dari hati aku memang aim dari dulu nakkan lelaki yang ada kakak dan abang sebab aku anak sulung dan selamanya aku anak sulung. A way to get sis and bro adalah dengan menikahi lelaki yang ada kakak dan abang. Nikmat hidup sekali ja. Sekarang aku rasa life aku complete dah ada kakak, abang, adik lelaki dan belambak adik perempuan. Aku boleh jadi kakak yang budget queen dan adik yang pemalas overload, beheee.:D

Ujian dengan kakak-kakak ni hampir mengganggu separuh usaha pernikahan kami. Masa ni ustaz aku nasihat aku "biarkan masalah dengan ipar duai sebab hubungan kekeluargaan tu dia jadi sendiri, sekarang fokus mak ayah ummi abah. Raih restu dan redha mereka dulu. Itu penting, yang lain pause kejap".
Ya. Memag kami dua betul-betul fokus mak ayah ummi abah. Any decision tak tanya dah orang lain. Kalau mak ayah ummi abah ok, we proceed.. memang kena sabar sesangat masa ni dan slow-slow terangkan kenapa kami buat macam tu macam ni.

Bila mak ayah ummi abah ok masa ni lah kami slow-slow baiki hubungan kekeluargaan.,. Sebak pulak ingat. Ingat nasihat Abbas, kita kan adik, kita la kena mengalah. Orang yang lebih tua ego mereka tinggi sikit. Orang mengalah tu bukan beerti kalah. Kita la minta maaf. Baiki hubungan yang retak. Ok. Aku decide, tak pelah aku minta maaf , tak rugi apa-apa pun kan. Lepas tu hubungan kami makin baik dan baik. 

"JANGAN MENGHUKUM SELAGI MANA KAMU BELUM MENGHADAPINYA"-ustaz lutfi

Nilah pegangan aku masa problem dengan ipar duai, tak pe, masuk famili Abbas dulu baru boleh judge setiap seorang tu macam mana. Dan Alhamdulillah, rupanya kakak-kakak dan abang-abang baik sangatttt. Terharu sangat lepas akad nikah bila kak shida yang pertama said " tahniah ! Welcome to our famili " . Rasa hilang penat letih hadapi ujian dengan mereka selama ni :) inilah ujian ipar duai yang aku singkatkan.

Seterusnya bab kewangan, jujurnya kami kosong-kosong. Takat orang cakap "nak kawin tapi duit takde " tu biasa dah r biasa dah. Jadi kami selesaikan masalah ni dengan kerja part time macam tu. Pada aku kalau nak kawin mesti kena ada kerja even famili akan suap-suap jugak. Pada orang lain aku tak tahu, tapi pada kami dua , kami sebolehnya nak work hard sendiri taknak dah minta duit parents. Tapi aku rasa aku kerja pun duit tetap takda jugak. Hahaha. Tapi boleh la takat nak hidup. Senang cakap bila kita betul-betul berhajat kearah tu, semangat tu macam luar biasa. Percaya atau tak aku yang malu gila bisnes ni, aku pernah kot buat dadih jual bilik ke bilik sensorang aku. Menangis Abbas dapat tahu aku buat macam tu. T---T

Seterusnya apa yang aku ingat lah, ujian masa proses pendaftran nikah. Tak tahu kenapa aku dah makin lupa segala ujian parah dulu. Aku taip mana aku ingat je. Ye la kan yang tak penting buat apa ingat kan.. huhuhu.. ,masa proses ni aku sering balik pendang dari merbuk sampai kena bar exam kot slalu tak pegi kelas. Tiap kali hantar borang ada ja masalah. Tetiba pejabat dah tutuplah, borang tak lengkap lah, saksi tak sah lah macm tu lah yang aku ingat. Sampai aku kena bar ok! Tak fasal aku pulak kena merayu lecturer tarik balik nama aku dekat Hep. Alhamdulillah semuanya dah OK ! Syukur.

Alhamdulillah kami tak diuji dengan ketiadaan imam. Sebab ramai jugak yang aku tanya dekat akad nikah selalu diuji imam tiba-tiba takda, nasi kenduri tak cukup macam tu lah. Alhamdulillah aku tak diuji. Apa yang aku tanya senior-senior aku ujian mereka, ada dah prepare dah back up plak. Sebab tu aku cakap kalau nak kawin bnyak bertanya bagi ready dengan ujian yang akan datang. Mental kena kuat.

Aku dah tak ingat banyak dah sebab rasa happy terlebih kot. Hahaha. Pada aku yang tak elok tu lupa lupakanlah. Ni ja aku ingat. Dan tolong bayang kan yang gempak -gempak ok. Aku sampai menangis ok tak tahan jadi bayang yang parah parah apa orang hentam aku dulu. Alhamdulillah sekarang semuanya dah terlebih ok. Allah hadiahkan kami atas kesabaran aku rasa. Ingat lagi ayat pertama aku pada suami ,

"Terima kasih ambil saya jadi isteri awak. Dan terima kasih sediakan saya sebuah famiki yang macam ni" -nahwah

"Terima kasih jugak sebab sudi terima abang seadanya" - Abbas

Dan inilah kisah ujian kami yang aku ingat tak ingat. Sebelum sah rasa banyak sangat ujian halangan cabaran sampai serabut jiwa raga dan bila we can survive it rasa semua tu macam angin yang berlalu ja. Past is past. Never thinking about past. History. Kepada yang sedang berjuang dengan sabar untuk halalkan yang haram teruskan jangan pasrah.

"ALLAH TU TAKKAN PAYAHKAN JALAN ORANG YANG NAK BERNIKAH"-ustaz

"YANG HARAM ITU SEMPIT, YANG HALAL ITU LUAS "-fatimah syarha


♥ cinta itu kalau bahasanya hati itulah cinta hakiki. Kasih jika dasarnya Rabbi itulah kasih sejati. Cinta ini pasti diuji kerana itulah tradisi janji ♥

Moga jiwa kami bersedia hadapi ujian mendatang, doakan ketabahan buat jiwa dan hati kami. Amin. Ini baru permulaan, sesungguhnya pelbagai cabaran masih menanti di hadapan.

2 ulasan:

  1. Thanks dear, sudi share... kisah ini amat bermanfaat dan terbaik. Sebab, sis berjaya dalam perjuangan. Alhamdulillah :-)

    BalasPadam
  2. salam. salam ukhwah. hee :') moga sedikit sebanyak dapat memberi nafas semangat pd yg membaca walaupun jalan cerita kita berbeza :')

    BalasPadam