Assalamua’laikum w.b.t.
Alhamdulillah.
Kali ni dengan penuh berat hati nak bagi tips untuk kawin
muda. Alhamdulillah base on my own experience. Our experience actually.Eceh.
Disebabkan dah janji dengan kengkawan nak story macam mana aku boleh kawin
muda, jadi aku decide untuk share dengan semua. Mana yang baik bolehlah ikut,
mana yang tidak jauh jauhkan. Tak larat aku nak tanggung aliran dosa kalau ikut
yang tak elok tuu. Grrr :D
Dulu masa mula-mula aku decide nak kawin awal aku tahu, aku
pun macam hampa, macam gila kan cari idea nuh idea ni, plan itu plan ini, yes
aku pun macam tu lah dulu sampai aku dah macam buat research “kawinmuda”
.hahaha. yelah, dari research tu lah aku kenal senior-senior yang kawin muda ni
include dalam U aku sendiri. Dia jadi macam eh tetiba ja kenal gitu. Dan eh
tetiba jadi very close. huhu
Back to the story untuk bride to be sekalian, tips pertama
DOA. Yeah, no wonder doa mengatasi segalanya. Percayalah. Trust me. Yakin. Doa
mampu mengubah segalanya even hati yang keras bak kerikil boleh menjadi sutera.
Ewah. Start dari aku decide nak kawin, aku tak pernah miss untuk doa “Ya Allah
Kau permudahkanlah urusan perkahwinanku. Lembutkanlah hati mak dan ayah, ummi
dan abah” . doa ni sesuatu yang luar biasa, Allah dengar tapi Dia berikan
samaada cepat atau lambat. Yang pasti bila Dia bagi memang kita dah layak
terima time tu. Aku nak selitkan disini bila hampa doa untuk perkahwinan,
jangan tinggal ayat ni “selepas perkahwinan”..kiranya bila doa “ Ya Allah Kau
permudahkanlah urusan perkahwinanku dan urusan selepas perkahwinanku” . ni
ustaz aku yang nasihat, kehidupan selepas itu yang jauh lebih penting, jadi
bila doa minta Allah permudah urusan selepas juga ya.
Ok. Tips kedua SOLAT HAJAT 12 RAKAAT. Alhamdulillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kesan yang luar biasa hajat 12 rakaat. Kisahnya
aku terdengar seorang hamba Allah ni dia cakap dengan seseorang, “kalau kita ni
solat hajat 12 rakaat minta dekat Allah, komfem Allah bagi” . lepas aku dengar
tu terus aku berusaha lakukan. Memang luar biasa. Tiap kali aku nak cakap
dengan mak aku bab kawin ni aku akan hajat dulu sepasrahnya moga mak ayah aku
lembut hati. Alhamdulillah macam miracle kot mak aku yang membanteras kawin
muda boleh bagi, ayah aku yang duk buat serabut kawin awal pun jadi ok.macam tu
lah dipendekkan. Bila nak ambil step by step tu banyakkan solat hajat terutama
12 rakaat. insyaAllah, Allah bantu.
Seterusnya tips ketiga. SEDEKAH. Ingat lagi masa zaman
darurat mak ayah ummi abah semua keras hati nak bagi kawin awal, aku banyak
pasrahkan harapan dengan sedekah. Bukan aku nak riak kata aku ringan tangan
tapi aku nak buktikan yang sedekah itu memang ajaib dan janji Allah itu benar.
Kalau kita ringankan beban orang Allah akan ringankan/tolong kita pula. Alkisah
ni bila aku dengar di radio IKIM, seorang guest tu dia cerita yang wife dia
medical students, medical students kan payah giler nak lulus pun, jadi wife dia
boleh lulus exam-exam dengan jayanya. Dia Tanya wife dia, apa tips. Wife dia jawab
SEDEKAH. Bila kita sedekah tu, kita niat Allah permudah urusan kita. Macam aku
masa zaman menggelupur nak kawin dulu aku niat la bila sedekah tu moga Allah
permudah urusan perkahwinan aku sampai aku dah rasa kritikal sangat bila aku
sedekah tu, aku akan cakap dengan orang yang terima tu “pakcik doakan saya.
moga Allah permudah urusan saya”. ha. Sampai tahap tu aku punya kesungguhan.
Teheee. :D
Tips keempat NASIHAT. Eh. Ni penting. Ni aku buat start dari
awal sebelum tips tips lain. Mintalah nasihat mereka yang thiqah. Minta nasihat
dan pandangan mereka tentang kawin muda. Tentang pasangan anda. Don’t make a
wrong decision. Pengalaman aku, masa aku
decide nak kawin aku banyak minta nasihat dan pandangan ustaz-ustaz yang aku
yakin dengan mereka. Tentang calon aku, niat aku kenapa nak kawin muda, cara
hadapi parents, cara nak jawab apa parents Tanya soalan maut-maut semua tu.
Haha. Semua tu jangan jawab ikut kepala hotak sendiri saja. Cuba-cubalah minta
pendangan mereka yang berilmu tinggi agamanya sebab orang macam ni dia bagi
pendapat yang logic dan tidak menyakitkan hati. Kes aku dulu, bila aku nak
kawin muda, mak ayah aku tak bagi dengan alasan aku pelajar, takda income,
hidup pun mak ayah ja bagi makan..haha . kira aku ni ibarat palesit la jugak
yadda yadda. Maunya mak ayah aku tak binggung keadaan macam ni. Jadi bila
parents hampa soal soalan bertubi macam bom tu relex beb jangan kalut nak
belasah ja. Dengar. Simpan soalan tu Tanya mereka yang berpengalaman la macam
aku cakap atas tu. Lepas dah dapat jawapan yang flexible gitu baru jawab bila
mak ayah soal benda yang sama. Don’t worry setiap masalah ada penyelesaian
kecuali mati. Lol.
Contoh :
Mak aku cakap dulu, nak kawin cemana kerja pun tak, duit pun
mak ayah bagi.
Solution dia. Aku kerja. Aku buktikan aku mampu kerja plus
study. Yes. Aku pernah kerja walaupun penat macam nak mampos ulang alik ke
kelas jauh. Tapi pengorbanan aku berbaloilah mak ayah aku yakin yang aku
sungguh-sungguh. Jadi, lepas mak ayah aku yakin kesungguhan aku , aku berhenti
la keja. Ekekeke.
Contoh:
Mak aku cakap kalau aku kawin sila berambus dari rumah,
survive sendiri dah kau nak kawin sangat. Tak payah duduk rumah mak ayah dah.
Sewa sendiri.
Solution dia. Gila kau nak sewa rumah dengan income pun
takda. Jadi part macam ni kena psycho sikit. Cakap dekat mak aku “mak dulu pun
kawin takda rumah lagi, tak sewa rumah lagi, tumpang rumah tok jugak 10 tahun
baru ada rumah sendiri. Takat kami nak tumpang 2, 3 tahun sementara nak habis
belajar apalah sangat” hek. Bila kita recall balik kesusahan zaman mereka dulu,
dia jadi tersentap sikit lalu mengizinkan untuk kawin awal. Behee :D
Tips aku yang kelima. DAMPINGI MEREKA YANG KAWIN MUDA. Part
disini aku memang rasa kawan-kawan aku major yang kawin muda dah. Haha. Start
aku sibuk research sana sini bab kawin muda automatically aku akan kontek
mereka. Jadi disitu saling support dan bagi semangat untuk hadapi cabaran.
Bukan tu saja, mereka juga dah bagi gambaran pada kita kehidupan kesusahan
kawin muda. Jadi boleh prepare awal-awal macam tu lah. Mind setting positifkan
sebab cabaran kawin muda memang perlu kuat kan sebab muda lagi kan. Nak hadapi
mulut negative orang semua tu, semua kena positifkan minda kita. Ikut
pengalaman aku, aku damping orang kawin muda, tapi flow macam akulah sebab aku
student dan suami aku student. Student dan student. Kawin muda sesame student
tak sama macam kita kawin dengan yang dah kerja. Terutama bab kewangan. Jadi
memang aku cari kawan yang macam aku ja. Senang nak tanya itu ini pengalaman
mereka. Yang baik jadi ikutan.
Tips aku yang keenam. DATANG RUMAH SEKELUARGA. Yeahh.. ni
penting yo. Dan nasihat aku kalau hampa kawan 10 tahun pun tak payah buat
berani pergi jumpa mak ayah dia sendiri-sendiri dengan kawan-kawan ke tak
payah. Pergi ja dengan family. Kalau hampa tu tok imam ke tak apalah sangat mak
ayah dia kenal dah selalu jumpa di masjid, ni nak pergi masjid pun time jumaat
ja seeloknya tak payah pergi sendiri. Bagi perempuan pun sama tak payah tunjuk
sweet menantu solehah sangat pergi jumpa bakal mentua. Biar orang tua sama
orang tua yang jumpa dulu sebab adab, perbincangan mereka lain. Senang cakap
ustaz aku pesan “jangan kita mula langkah langkah kepala mak ayah”. Sebab tu
aku cakap tadi perlunya selalu minta nasihat dalam setiap step nak ambil tu
sebab kalau tersalah langkah, maut kau.. haha :D insyaAllah bila orang tua
sesame orang tu jumpa ni penerimaan itu lain. Yang tak suka pun boleh jadi suka
insyaAllah. The suitable time pada aku hari rayalah. Kengkonon nak datang
beraya kan plan tu padahal nak nikah tersangat dah. Biahahaha.
Tips aku yang ketujuh dan terakhir aku rasa apa aku buat
adalah IMPROVE YOUR SELF. Beheee :D even aku macam budak-budak tapi aku try
jadi matured walau sering fail. Alah, improve diri ni bukan untuk matured ja
banyak cabang mambangnya. Contohnya bab solat. ON TIME. Kengkonon aku kan
selalu solat lewat waktu, jadi bila dirumah aku akan try ubah sikap aku, dengar
ja azan terus ambil wuduk dan solat walau hati merana nak tengok mr.arrogant
time tu. Hahaha.. Tulah langkah pertama nak awalkan solat. Lama kelamaan akan
jadi sebati walau mula-mula tu macam nak tunjuk dekat mak ayah je kan. Lama-lama
belakang diorang pun akan solat awal sebab rasa terhutang budi Allah tu bagi
apa kita nak. Macam tu lah lebih kurang apa perasaan aku. Hihi. Malu pulak
kiteww ..hahaha. cubalah baiki diri dari segi emosi, akhlak dan sebagainya.
Kalau aku, aku banyak improve bab emosi, sabar. Sebab aku kan cepat melenting
jugak, tau nak tikam lidah ja, jadi bila mai part nak kawin ni aku banyak
sabar. Apa orang kata maki hamun bagai nak rak pun aku sabar walaupun aku boleh
ja hembur balik. Disitulah Nampak kewarasan kita layak kawin muda sebab sabar.
Tips aku yang terakhir adalah SEDIA. Yup. Persediaan. Persediaan
dari segi apa. Kalau Tanya orang mesti argue bab duit kan. Yes aku dulu pun
worry bab duit jugak. Arh ! cemana nak hiduplah apa lah semua tapi antara semua
semua tu persediaan MENTAL adalah utama. Ni berdasar kesimpulan kajian aku soal
selidik mereka kawin muda. Kenapa mental kena bersedia lebih awal? Sebab bila
kita kawin awal kita akan hadapi banyak benda, salah satu tomahan orang yang
negative. Maunya kau menangis meleleh 3 bulan bila orang maki nak kawin muda
kalau takda kekuatan mental. Maunya kau lari tinggal laki kau bila duit takda
nak makan. Itulah perlunya kekuatan mental. Its mean dah ready. If takda duit
nak makan, puasa. Share makan. If orang hentam kita miskin papa tak duit ke
hapa, sabar. Tak melawan. Centulah lebih kurang.
Apa aku cakap semuanya berdasar pengalaman aku dan aku harap sedikat sebanyak membantu kalian
yang berhajat kawin muda tapi mak ayah tak izin, family tak support, masyarakat
hanya tahu menghukum, kawan-kawan hanya tahu menyindir. Aku dah hadam pahit
semua tu, air mata kalau sukat berbaldi dah eah. Tapi tu lah kekuatan dan
kesungguhan if you really want it. I choose this way because my own reason. Aku
faham, tak semua orang faham dan tahu alasan kita. Kadang kita perlukan
perkahwinan tu dengan alasan kita yang wajar tapi orang hukum sebab nafsu je tu
kawin awal. Jangan risau, jika kita kuat dan tahu alasan kita buat apa nak
goyah dengan kata orang. Diam. Dia hanya tahu menghukum. Jadikan apa kata
negative orang ibarat angina yang berlalu. Lama-lama bila telinga dah biasa,
rasa lali dah semua tu. Itulah aku rasa. Mula nak hadapi rasa pahit sangat
menangis tiap hari, lama-lama bila berdamping mereka yang flow kawin muda
jugak, banyak kata-kata sokongan, semangat, nasihat, faham kenapa aku pilih
jalan ni.aku jadi OK je. Hehe. Xoxo
Oklah. Aku harap kesemua tips itu membantu. Aku bantu mana aku
mampu base on pengalaman aku sendiri. Moga Allah permudah urusan kalian.amin.
sakinah.mawaddah.wa rahmah.
tahniah nahwah..maaf xdpt gi smlm sb dh otw blik kelantan..:-)
BalasPadamHello admin. Good sharing utk entry kali ni. Anyway, tahniah nahwah ! hehehe. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.
Padam>>> Slim & Fit Semulajadi!<<<
Assalamualaikum wbt kak. erm ni no phone sye 0175598592.. erm tlg sms sye. sye nak mnx pendapat akak tentg khwin mude ni. pplease. bantuan akak amat diperlukan.. trima kasih. assalamualaikum wbt
BalasPadamWkmslm w.b.t ... awak boleh tanya akk inbox di fb Nahwah Syazana atau email akk syazananahwah@gmail.com
PadamAlhamdulillah.. Tahniah, dear..
BalasPadamalhamdulillah.
Padam