Sabtu, 2 Ogos 2014

pengalaman kami : TIPS UNTUK KAWIN MUDA/AWAL



Assalamua’laikum w.b.t.

Alhamdulillah.

Kali ni dengan penuh berat hati nak bagi tips untuk kawin muda. Alhamdulillah base on my own experience. Our experience actually.Eceh. Disebabkan dah janji dengan kengkawan nak story macam mana aku boleh kawin muda, jadi aku decide untuk share dengan semua. Mana yang baik bolehlah ikut, mana yang tidak jauh jauhkan. Tak larat aku nak tanggung aliran dosa kalau ikut yang tak elok tuu. Grrr :D

Dulu masa mula-mula aku decide nak kawin awal aku tahu, aku pun macam hampa, macam gila kan cari idea nuh idea ni, plan itu plan ini, yes aku pun macam tu lah dulu sampai aku dah macam buat research “kawinmuda” .hahaha. yelah, dari research tu lah aku kenal senior-senior yang kawin muda ni include dalam U aku sendiri. Dia jadi macam eh tetiba ja kenal gitu. Dan eh tetiba jadi very close. huhu

Back to the story untuk bride to be sekalian, tips pertama DOA. Yeah, no wonder doa mengatasi segalanya. Percayalah. Trust me. Yakin. Doa mampu mengubah segalanya even hati yang keras bak kerikil boleh menjadi sutera. Ewah. Start dari aku decide nak kawin, aku tak pernah miss untuk doa “Ya Allah Kau permudahkanlah urusan perkahwinanku. Lembutkanlah hati mak dan ayah, ummi dan abah” . doa ni sesuatu yang luar biasa, Allah dengar tapi Dia berikan samaada cepat atau lambat. Yang pasti bila Dia bagi memang kita dah layak terima time tu. Aku nak selitkan disini bila hampa doa untuk perkahwinan, jangan tinggal ayat ni “selepas perkahwinan”..kiranya bila doa “ Ya Allah Kau permudahkanlah urusan perkahwinanku dan urusan selepas perkahwinanku” . ni ustaz aku yang nasihat, kehidupan selepas itu yang jauh lebih penting, jadi bila doa minta Allah permudah urusan selepas juga ya. 

Ok. Tips kedua SOLAT HAJAT 12 RAKAAT. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kesan yang luar biasa hajat 12 rakaat. Kisahnya aku terdengar seorang hamba Allah ni dia cakap dengan seseorang, “kalau kita ni solat hajat 12 rakaat minta dekat Allah, komfem Allah bagi” . lepas aku dengar tu terus aku berusaha lakukan. Memang luar biasa. Tiap kali aku nak cakap dengan mak aku bab kawin ni aku akan hajat dulu sepasrahnya moga mak ayah aku lembut hati. Alhamdulillah macam miracle kot mak aku yang membanteras kawin muda boleh bagi, ayah aku yang duk buat serabut kawin awal pun jadi ok.macam tu lah dipendekkan. Bila nak ambil step by step tu banyakkan solat hajat terutama 12 rakaat. insyaAllah, Allah bantu.

Seterusnya tips ketiga. SEDEKAH. Ingat lagi masa zaman darurat mak ayah ummi abah semua keras hati nak bagi kawin awal, aku banyak pasrahkan harapan dengan sedekah. Bukan aku nak riak kata aku ringan tangan tapi aku nak buktikan yang sedekah itu memang ajaib dan janji Allah itu benar. Kalau kita ringankan beban orang Allah akan ringankan/tolong kita pula. Alkisah ni bila aku dengar di radio IKIM, seorang guest tu dia cerita yang wife dia medical students, medical students kan payah giler nak lulus pun, jadi wife dia boleh lulus exam-exam dengan jayanya. Dia Tanya wife dia, apa tips. Wife dia jawab SEDEKAH. Bila kita sedekah tu, kita niat Allah permudah urusan kita. Macam aku masa zaman menggelupur nak kawin dulu aku niat la bila sedekah tu moga Allah permudah urusan perkahwinan aku sampai aku dah rasa kritikal sangat bila aku sedekah tu, aku akan cakap dengan orang yang terima tu “pakcik doakan saya. moga Allah permudah urusan saya”. ha. Sampai tahap tu aku punya kesungguhan. Teheee. :D

Tips keempat NASIHAT. Eh. Ni penting. Ni aku buat start dari awal sebelum tips tips lain. Mintalah nasihat mereka yang thiqah. Minta nasihat dan pandangan mereka tentang kawin muda. Tentang pasangan anda. Don’t make a wrong decision.  Pengalaman aku, masa aku decide nak kawin aku banyak minta nasihat dan pandangan ustaz-ustaz yang aku yakin dengan mereka. Tentang calon aku, niat aku kenapa nak kawin muda, cara hadapi parents, cara nak jawab apa parents Tanya soalan maut-maut semua tu. Haha. Semua tu jangan jawab ikut kepala hotak sendiri saja. Cuba-cubalah minta pendangan mereka yang berilmu tinggi agamanya sebab orang macam ni dia bagi pendapat yang logic dan tidak menyakitkan hati. Kes aku dulu, bila aku nak kawin muda, mak ayah aku tak bagi dengan alasan aku pelajar, takda income, hidup pun mak ayah ja bagi makan..haha . kira aku ni ibarat palesit la jugak yadda yadda. Maunya mak ayah aku tak binggung keadaan macam ni. Jadi bila parents hampa soal soalan bertubi macam bom tu relex beb jangan kalut nak belasah ja. Dengar. Simpan soalan tu Tanya mereka yang berpengalaman la macam aku cakap atas tu. Lepas dah dapat jawapan yang flexible gitu baru jawab bila mak ayah soal benda yang sama. Don’t worry setiap masalah ada penyelesaian kecuali mati. Lol. 

Contoh :
Mak aku cakap dulu, nak kawin cemana kerja pun tak, duit pun mak ayah bagi.
Solution dia. Aku kerja. Aku buktikan aku mampu kerja plus study. Yes. Aku pernah kerja walaupun penat macam nak mampos ulang alik ke kelas jauh. Tapi pengorbanan aku berbaloilah mak ayah aku yakin yang aku sungguh-sungguh. Jadi, lepas mak ayah aku yakin kesungguhan aku , aku berhenti la keja. Ekekeke.

Contoh:
Mak aku cakap kalau aku kawin sila berambus dari rumah, survive sendiri dah kau nak kawin sangat. Tak payah duduk rumah mak ayah dah. Sewa sendiri.
Solution dia. Gila kau nak sewa rumah dengan income pun takda. Jadi part macam ni kena psycho sikit. Cakap dekat mak aku “mak dulu pun kawin takda rumah lagi, tak sewa rumah lagi, tumpang rumah tok jugak 10 tahun baru ada rumah sendiri. Takat kami nak tumpang 2, 3 tahun sementara nak habis belajar apalah sangat” hek. Bila kita recall balik kesusahan zaman mereka dulu, dia jadi tersentap sikit lalu mengizinkan untuk kawin awal. Behee :D

Tips aku yang kelima. DAMPINGI MEREKA YANG KAWIN MUDA. Part disini aku memang rasa kawan-kawan aku major yang kawin muda dah. Haha. Start aku sibuk research sana sini bab kawin muda automatically aku akan kontek mereka. Jadi disitu saling support dan bagi semangat untuk hadapi cabaran. Bukan tu saja, mereka juga dah bagi gambaran pada kita kehidupan kesusahan kawin muda. Jadi boleh prepare awal-awal macam tu lah. Mind setting positifkan sebab cabaran kawin muda memang perlu kuat kan sebab muda lagi kan. Nak hadapi mulut negative orang semua tu, semua kena positifkan minda kita. Ikut pengalaman aku, aku damping orang kawin muda, tapi flow macam akulah sebab aku student dan suami aku student. Student dan student. Kawin muda sesame student tak sama macam kita kawin dengan yang dah kerja. Terutama bab kewangan. Jadi memang aku cari kawan yang macam aku ja. Senang nak tanya itu ini pengalaman mereka. Yang baik jadi ikutan.

Tips aku yang keenam. DATANG RUMAH SEKELUARGA. Yeahh.. ni penting yo. Dan nasihat aku kalau hampa kawan 10 tahun pun tak payah buat berani pergi jumpa mak ayah dia sendiri-sendiri dengan kawan-kawan ke tak payah. Pergi ja dengan family. Kalau hampa tu tok imam ke tak apalah sangat mak ayah dia kenal dah selalu jumpa di masjid, ni nak pergi masjid pun time jumaat ja seeloknya tak payah pergi sendiri. Bagi perempuan pun sama tak payah tunjuk sweet menantu solehah sangat pergi jumpa bakal mentua. Biar orang tua sama orang tua yang jumpa dulu sebab adab, perbincangan mereka lain. Senang cakap ustaz aku pesan “jangan kita mula langkah langkah kepala mak ayah”. Sebab tu aku cakap tadi perlunya selalu minta nasihat dalam setiap step nak ambil tu sebab kalau tersalah langkah, maut kau.. haha :D insyaAllah bila orang tua sesame orang tu jumpa ni penerimaan itu lain. Yang tak suka pun boleh jadi suka insyaAllah. The suitable time pada aku hari rayalah. Kengkonon nak datang beraya kan plan tu padahal nak nikah tersangat dah. Biahahaha.

Tips aku yang ketujuh dan terakhir aku rasa apa aku buat adalah IMPROVE YOUR SELF. Beheee :D even aku macam budak-budak tapi aku try jadi matured walau sering fail. Alah, improve diri ni bukan untuk matured ja banyak cabang mambangnya. Contohnya bab solat. ON TIME. Kengkonon aku kan selalu solat lewat waktu, jadi bila dirumah aku akan try ubah sikap aku, dengar ja azan terus ambil wuduk dan solat walau hati merana nak tengok mr.arrogant time tu. Hahaha.. Tulah langkah pertama nak awalkan solat. Lama kelamaan akan jadi sebati walau mula-mula tu macam nak tunjuk dekat mak ayah je kan. Lama-lama belakang diorang pun akan solat awal sebab rasa terhutang budi Allah tu bagi apa kita nak. Macam tu lah lebih kurang apa perasaan aku. Hihi. Malu pulak kiteww ..hahaha. cubalah baiki diri dari segi emosi, akhlak dan sebagainya. Kalau aku, aku banyak improve bab emosi, sabar. Sebab aku kan cepat melenting jugak, tau nak tikam lidah ja, jadi bila mai part nak kawin ni aku banyak sabar. Apa orang kata maki hamun bagai nak rak pun aku sabar walaupun aku boleh ja hembur balik. Disitulah Nampak kewarasan kita layak kawin muda sebab sabar.

Tips aku yang terakhir adalah SEDIA. Yup. Persediaan. Persediaan dari segi apa. Kalau Tanya orang mesti argue bab duit kan. Yes aku dulu pun worry bab duit jugak. Arh ! cemana nak hiduplah apa lah semua tapi antara semua semua tu persediaan MENTAL adalah utama. Ni berdasar kesimpulan kajian aku soal selidik mereka kawin muda. Kenapa mental kena bersedia lebih awal? Sebab bila kita kawin awal kita akan hadapi banyak benda, salah satu tomahan orang yang negative. Maunya kau menangis meleleh 3 bulan bila orang maki nak kawin muda kalau takda kekuatan mental. Maunya kau lari tinggal laki kau bila duit takda nak makan. Itulah perlunya kekuatan mental. Its mean dah ready. If takda duit nak makan, puasa. Share makan. If orang hentam kita miskin papa tak duit ke hapa, sabar. Tak melawan. Centulah lebih kurang. 

Apa aku cakap semuanya berdasar pengalaman aku dan  aku harap sedikat sebanyak membantu kalian yang berhajat kawin muda tapi mak ayah tak izin, family tak support, masyarakat hanya tahu menghukum, kawan-kawan hanya tahu menyindir. Aku dah hadam pahit semua tu, air mata kalau sukat berbaldi dah eah. Tapi tu lah kekuatan dan kesungguhan if you really want it. I choose this way because my own reason. Aku faham, tak semua orang faham dan tahu alasan kita. Kadang kita perlukan perkahwinan tu dengan alasan kita yang wajar tapi orang hukum sebab nafsu je tu kawin awal. Jangan risau, jika kita kuat dan tahu alasan kita buat apa nak goyah dengan kata orang. Diam. Dia hanya tahu menghukum. Jadikan apa kata negative orang ibarat angina yang berlalu. Lama-lama bila telinga dah biasa, rasa lali dah semua tu. Itulah aku rasa. Mula nak hadapi rasa pahit sangat menangis tiap hari, lama-lama bila berdamping mereka yang flow kawin muda jugak, banyak kata-kata sokongan, semangat, nasihat, faham kenapa aku pilih jalan ni.aku jadi OK je. Hehe. Xoxo

Oklah. Aku harap kesemua tips itu membantu. Aku bantu mana aku mampu base on pengalaman aku sendiri. Moga Allah permudah urusan kalian.amin.



 sakinah.mawaddah.wa rahmah.

6 ulasan:

  1. tahniah nahwah..maaf xdpt gi smlm sb dh otw blik kelantan..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello admin. Good sharing utk entry kali ni. Anyway, tahniah nahwah ! hehehe. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

      >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

      Padam
  2. Assalamualaikum wbt kak. erm ni no phone sye 0175598592.. erm tlg sms sye. sye nak mnx pendapat akak tentg khwin mude ni. pplease. bantuan akak amat diperlukan.. trima kasih. assalamualaikum wbt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmslm w.b.t ... awak boleh tanya akk inbox di fb Nahwah Syazana atau email akk syazananahwah@gmail.com

      Padam
  3. Alhamdulillah.. Tahniah, dear..

    BalasPadam