Jumaat, 1 Disember 2017

The New Chapter Of LIFE

Berrmula sejak semester lepas (semester 4) dan semester terakhir Abbas, kami banyak penuhkan hari hari dan masa yang ada dengan vacation. Senang cakap duk perabis duit sebagai kenangan sebelum kami melalui satu episod baru dalam hidup. Masa fighting dengan final exam, kami sempat lagi pergi Pulau Kapas, Terengganu. Selepas final exam kami ke Pulau Perhentian, Terengganu dan cuci mata di kelantan. Moment bercuti kalini sangatlah tak sempat nak tulis untuk kenangan. Sedih betul. Ini semua gara-gara malas transfer gamborrr ...HeeHee...




Isnin depan aku akan masuk semester baru, tak tahulah perasaan macam mana. Bermula semester hari isnin ni, maka secara rasmi perjuangan habiskan belajar sampai ke peringkat seterusnya (sampai dah takda rezeki nak blajar) aku akan lalui sensorang. Abbas telahpun memilih jalan untuk bekerja sepenuh masa jiwa dan raga separuh mati demi isteri anak dan masa depan insyaAllah. Kiranya, sekarang jalan kami sudah berbeza namun matlamat kami sama. Doakan aku cecepat habis belajar dan cecepat dapat kerja, lepastu bagi laluan Abbas pula belajar. Kami rasa dah sampai masa untuk bertolak ansur dan berkorban dalam pilihan hidup. Inilah realiti perkahwinan. Syukur Alhamdulillah , di pihak aku mahupun Abbas kami sama-sama berlapang dada dan berpuas hati dengan keputusan masing-masing. 



Sekarang kami melalui fasa #pjj (perkahwinan jarak jauh). Inilah new chapter of life kami. Tak tahulah nak cakap perasaan macam mana , setakat ni aku rasa ok lah hahahaha. Bukan apa, mungkin sebab aku disini ada Misyaal, lepastu kena fikir belajar bagai, jadi masa tu takdalah terbiar menangis rindu ke apa . Mungkin sebab masing-masing saling meredhai dan masing-masing saling sokong menyokong, jadi kami lalui dengan gembira je walaupun berjauhan. insyaAllah. Dan apa yang paling best untuk semester ni selain tahun akhir, aku juga sudah tidak bekerja. Yahooooo. Sekarang komitment aku dah berkurang, harapnya dapat banyakkan bacaan kearah kerohanian. Ni asyik laghooo jewwww . Hehehe. Ok lah. sekadar update blog yang dah bersawang. Tahun depan mulalah menyesal buka balik blog 2017 dah takde apa nak baca. Lol

Tiada ulasan:

Catat Komen