Rabu, 5 April 2017

P.R.I.N.T.E.R

Beberapa hari lepas (masa study week tu) aku dan Abbas sangatlah memerlukan printer untuk print out all assignment dan segala nota untuk study. Jenis kami, send semua thru email then pergi cc print out. Usually kami guna pc di kedai dalam insaniah. Tapi hari tu sabtu, tak tahu pulak aku kedai bawah library tu tutup. Ok fine, kami pergi kedai di pekan kuala ketil yang ciput tu. :D sampai kedai tu dalam 5 lebih, cuaca dah start hujan dah , idohler gigih mai naik moto haritu, konon nak cepat. zzz~
Elok dah on pc, email aku tetiba tak boleh buka. Hoi ! dan kenapa, jadi aku bagi Abbas print dulu assignment dia, tu priority sambil aku try transfer nota dari email aku thru handfon yang datanya alahaiii lembap ! ke email Abbas. Settle transfer turn aku nak print it out. Elok dah tekan button print semua aku pun berhati girang lah kan, rupanya Abbas come to me and said :

HAKAK TU DAH TUTUP PRINTER !!!!

apa aku print tu tak keluar pun. Ya Tuhannn bengang sangat -- aku nak study kot. Memanglah tutup kedai jam 6, kan ada customer lagi takkan 1minit pun berkira. Memang hangin sebab hakak tu tak mau buka. Walaupun dekat luar hujan lebat, hati aku tetap panasss. Hahaha

Esoknya lepas Abbas final exam terus pegi SP beli printer. Then aku terfikir, bukan tak boleh beli dari awal sem, saja jimat tak bertempat. Ntah ntah dah dekat rm100 duk buang duit print dekat insaniah tu. grrr~~~ nilah antara keputusan dalam hidup yang kadang nampak simple tapi agak berat nak buat. Haha

k.bye.

p/s : doakan aku sem ni lebih maju dari sem lepas okeyy !!!

Tiada ulasan:

Catat Komen