Jumaat, 3 Mac 2017

Tambah Tolak Hidup

sekarang jam menunjukkan 3.44 pagi. Badan letih nak tidur tapi dah pekena neslo ais mata masih tak boleh lelap :( sadis kan? menyesal pun ada ter-oder neslo ais. Alang tengah cari bahan siapkan assignment, sajalah nak luangkan kebosanan menulis di sini. Ada beberapa perkara yang sedang aku fikir tambah tolak dalam hidup.

sejak menjak alam perkahwinan akan berginjak ke usia 5tahun, rasa dah macam-macam yang aku lalui. Mostly macam WHATTTT ??? itu menunjukkan banyak benda menjadi kejutan hari demi hari. Mujoqqq nahh takda sakit jantung. *over sangat* hahaha   . Banyak benda yang membahagiakan, menarik, masalah, keliru, runsing berlaku. Nak type satu demi satu mampoih dak dah nah, cuma aku nak share macam mana aku prevent it ! 

Satu hari, aku terfikir --- hidup kita nih memang kita tak hidup sorang dan kita tak boleh nak selfish kemain sangat sebab hakikat hidup ni saling memerlukan. Tengok pada sepinggan nasi yang kita makan sudah, berapa banyak perlukan orang lain, daripada petani yang menanam padi jadi beras, nelayan yang cari ikan dan sebagainya. Tapi kan, aku terfikir lagi, hidup kita ni kita boleh kawal dan buat keputusan sendiri. Dari situ aku mula berubah dan merubah satu keadaan demi satu keadaan ke arah lebih positif, bermatlamat dan membahagiakan yang berpanjangan. Aminnn 

Pertama sekali, masalah suasana negatif. Tak nafilah enviroment yang negatif ni bukan di alam maya saja tapi di alam nyata weihh. Anything yang related dengan masalah hati atau akan hadap mulut-mulut negatif aku ambil langkah jarang-jarangkan bertemu. Tahap jarang bertemu tu kiranya boleh kira dengan jari berapa kali setahun. Bila jarang yang sangat jumpa, telinga pun taklah mendidih kan dengar mulut-mulut negatif dan hati pun lebih bersih takda nak maki hamun dalam hati. Lepas dari menghindari dengan cara jarangkan bertemu, langkah seterusnya aku unfriend dan unfollow segala benda yang mempengaruhi kehidupan dan menggugat kebahagiaan. Cewaaah. Maksud aku di sini lebih kepada bab hati. Simple example, dulu aku sukaaa gila baqhang follow ig fesyen semasa macam moodrepublic gitu. Bila aku timbang tolak, dengan cara aku follow ig tu aku tahu update semasa program depa, lepastu menggelupor nak pi, lepastu takkan pi saja khennn, komfem habis duit i. Dah habis duit beli baju pakainya tidak sebab macam maluuuu kekdahnya hahahha. Paling hottt aku kena jelah tadah telinga Abbas membebel sebab beli tapi gantung saja. Sebab banyak negatif keyyy follow dunia fesyen, aku unfollow semua, dan kesanya moodrepublic depan hidung pun aku tak tahu. Dan paling best aku macam tak sakit otak fikir duit aku habis dan perlu workhard pulak. Ni lah cara aku jaga hati, bukan saja aku aplikasi pada ig moodrepublic tapi ig/fb yang lain jugak yang akan menghasilakn penyakit hati.

Kedua *eh ka ketiga dah?* aku stop post di fb dan ig yang agak ke-personal-an nih. Entahlah kenapa tiba-tiba macam dapat hidayah. hoho. Aku macam tersentuh bila aku fikir kenapa orang tua-tua dulu perkahwinan depa sampai mati kekal? kenapa orang tua dulu-dulu walaupun suami tu macam haremm punya perangai boleh kekal sampai mati? hangpa pun mesti fikir kan. Aku dapat jawapan, sebab depa takda nak besosial di laman sosial macam kita harini. Aku memang setuju sangat, yang laman sosial ni antara sebab berlaku perpecahan keluarga/suami isteri. Kadang kita ni baik dah, orang lain yang cari gaduh. Sebab tu lah aku dah sloww-sloww di laman sosial. Rasa macam dah lama ja sloww hahaha. Sekarang ni dalam masa proses delet segala gambar di fb dan ig. Cuma di blog saja segalanya disini. Ni kan life aku. Lagipun di blog ni tak banyak gambar sebab malas nak upload satu-satu. Kiranya lepasni aku nak aktif disini sebab disini aku boleh baca balik dengan mudah dan seronok. hehehe

ketiga, aku belajar be nice with everyone dan tak terlalu rapat sangat dengan sesapa kecuali Abbas dan Misyaal. Aku pun tak tahu kenapa aku malas nak berkawan sejak usia makin tua nih. Bukan malas berkawan makna sombong, cuma nak terlalu rapaaaat tu macam malas. Kisah 5tahun lepas masa excident tu memang bagi kesan yang mendalam betul. Then, be nice dengan semua orang dan maafkan semua orang. Aku faham macam mana rasa susah nak dapat rasa maaf yang betul-betul kosong. Aku pun banyak kali try and adjust, and at the end aku rasa macam keyyy malassss. AHAHAHA. Start dari situ aku macam maafkan je lah semua orang, hidup ni tak tau nak mati bila. Walaupun orang tu macam pernah bagi taik, buat fitnah dan segala macam yang sakit lagi memparahkan. Alhamdulillah Allah bagi aku rasa malas. Malas nak fikir. So aku berlapang dada, maafkan tanpa memikirkan. Bila jumpa di luar atau di laman sosial duk komen ke apa, aku reply ok jaaaa. 

keempat. Sibukan Hidup dengan matlamat yang jelas dan selesa. Aku ni dah malas fikir matlamat jangka masa panjang, malas nak berangan kemain 5tahun lagi nak kerja apa, beli rumah berapa biji, kereta jenama aku. Weihhh, baziaq masa pikiaq. Baru-baru ni aku jumpa sorang student umur 35, anak dah 3. Aku macam tabik sangat, masih semangat untuk habiskan degree selepas pelbagai dugaan ngaji mesir tak habis, balik sambung ukm tak habis, then sambung di insaniah sekarang (doakan dia habis tahun ni k). Umur 30an ni kan mostly kita akan fikir, kerja dan kerja. Tapi bila akak tu cakap dekat aku "takpa dik, sekarang jalan kita belajar, pulun di jalan ni. Takpayah kalut untuk kerja. Yang tu kerja Allah. Bab kerja ni bab rezeki. Banyak ja yang habis dah takda kerja, yang habis harini minggu depan dah dapat kerja. Jadi bab kerja tak payah fikir. Hoktu bab rezeki Allah dah susun" .. Haaa. sejak pada tu lah aku malas fikir perancangan yang jauh-jauh. Matlamat aku semua pendek-pendek. Aku sibukan diri dengan belajar sampai stres haha, dan aku sibukan masa dirumah dengan kemas rumah walaupun takpernah nak kekal tahap kekemasan selama 24jam. Dan sibukan diri dengan mengajar since aku bukan jenis berpersatuan bagai. Aku memang kurang gemar melakukan benda yang tidak menghasilkan duit. *eh ni mata duitan ke apa nih???* HAHAHAHA


p/s : binalah jiwa yang positif, suasana yang positif dan kehidupan yang membahagiakan setulus hati. Jika kita tidak mampu merubah, kita yang perlu berubah.


***** next entry share part II *****


nota 1 : Misyaal dah nak masuk usia dua tahun. Masih tak percaya aku ada seorang anak lelaki yang hensem. eh !

Tiada ulasan:

Catat Komen