Rabu, 29 Mac 2017

My StudyWeek Story

kalau tulis blog, kemahein title nak tulis in english. Padahal boleh ja pon aku tulis "cerita minggu belajar saya"  xoxo.  Ok back to my story --)

Sekarang tengah study week selepas segala penat lelah untuk menghabiskan semester ni *lelah kewww* hahaha. Agak terkilan jugak sebenarnya aku nih --- study week kalini, yelah selalu time study week nilah kami ada masa balik kampung (alor star dan pendang), tapi kali ni non-hado sebab Abbas tak siap lagi kowwwwwtttt assignment dia (_,_) Selaku isteri yang sentiasa setia disisi haruslah aku akur untuk tidak balik pendang. Eceh ! Harini dah rabu, kiranya start jumaat sampai harini, Abbas struggle habiskan assignment dan syafawi dia saja. Tu jewwwww haaaa. Bangun tido makan assignment. Maka episod rutin study week seperti kebiasaan aku buat sorang kalini. T___T

Bermula pada hari pertama iaitu jumaat, aku mula kemas rumah dengan penuh teratur dan rapi. Mana yang bawah kabinet bau hapak, kotak-kotak merepek menyemak stor semua aku buang. Yang mana tak ok susun situ aku tukar susun sini dan sebagainya sehingga otak aku tenang tengok dapur aku, setor belakang, bilik study,bilik tidur dan ruang tamu. Eh nak settle kan semua susun atur tu ambil masa sampai sabtu tau. Nangis tak berlagu i sebab letih yakmat.  Kemudian, kami decide untuk beli pagar penghalang Misyaal masuk dapur demi kurangkan bebanan aku kemas dapur dan kurangkan stress nak exam. Stress woiii kalau tiap hari masuk dapur macam lepas perang dunia dek kecerdikan Misyaal buat projek mega  T___T . Alhamdulillah, dapatlah beli pagar, mak mentua i belikan di Alor Star. Sabtu tu jugak start kereta balik Alor Star ambil pagar tu. Letih tu toksah habaq la weihh......dengan baru habis kemas rumah, nak balik jauh pulak *jauhhh kewwww*  mujoq haaa dapat diskaun pagar bayar rm100 ja, sejuk sikit hati iolss :D hahaha

me : ummi, diskaun boleh tak gate tu?

ummi : ummi bukan jual barang (Fact : Ummi tolong belikan barang haha)

me : alaa. boleh la ummi.. diskaun sikit.

ummi : nak kurang berapa?

me : rm100 boleh (fact : harga asal 160 gitu) 

ummi : Ha..oklah. #kenaredho

beb, asal aku nak cakap nak free boleh, tapi takut satgi semput plak mak mentua aku, terpaksa aku letak harga hahaha. Esok pagi Misyaal bangun terus mengamuk nak masuk dapur tak boleh. Alhamdulillah, memang beban aku kurang banyaklah weih pasang pagar ni dan aku sangat menyesal baru beli. Serius, menyesal tahap 200%.




Kemudian hari Ahad dan Isnin kami berdua berkampung di Library Insaniah. Yelah duduk di rumah aku tak boleh study sangat, duk fikir kerja rumah yang tak pernah siap dan Misyaal yang tak bagi aku study, duk ajak main ja 24jam. Hari isnin, Misyaal demam pulak. Selasa, terbantut plan kami nak pi library lagi. Duduklah dirumah sambil menguli kain baju dan Misyaal tanpa memegang sehelai kertas apatah lagi buku. Huwarghhhh !!!! selasa dan rabu aku tak pegang buku langsunggggg. Hari ni lah rabu tu dan aku harap malam ni aku dah start study dan mood exam tu dah datang membuak-buak walaupun aku sangat berharap Abbas ajak tengok movie satgi. hahaha.

p/s : aku dah hantar Misyaal balik kampung tadi. Mama dan Baba in #honeymoonexam mood . Ahaks. Selamat Pengantin Baru buat kami. Muehehehe.


29/3/2017-rabu #mamawillmissyoudearson

Tiada ulasan:

Catat Komen