Ahad, 6 November 2016

Apa benda yang paling perlu bila masuk rumah kosong?

InsyaAllah. As soon as possible aku, Abbas dan Misyaal akan pindah ke rumah baru *dont ask me rumah sendiri ke? Ofkoslah rental house again. Hahaha*. Tambah tolak darab bahagi dah 2tahun lebih kami jadi orang merbukian kejap.  2tahun tu pada Abbas dan Misyaal, tapi 6tahun pada aku.  Fuh!  Ingat balik tak sangka lamanya aku duduk sini.  Dari gate uitm colour purple sampai sekarang dah tukar gate yang lebih canggih kot.  Forever and ever,  merbuk adalah sebuah tempat yang selesa pada aku.  Definitly YES.



Sebelum kawin dulu,  antara benda aku fikir bila sewa rumah,  what things yang paaaaalingggg penting untuk beli. Disini,  kena faham,  bila hang kawin dengan status masih student dan semestinya masih raba-raba soal monthly income, semestinya hang akan fikir which one yang lebih penting dan lebih perlu untuk beli.  Aku dulu google jugak lah pengalaman orang,  tapi non hado infonya.  Mujurlah banyak senior-kawin-masa-belajar sudi jawab segala persoalan ambo.  At least aku ada guide dan dapat cedok pengalaman orang sebelum aku lalui alam sekarang. Paling penting tak buat keputusan bodoh.  Huhu

So, here i want to share will all of you apa yang penting dan perlu diberi keutamaan. Harap sangat membantu, mana tahu kan dalam dunia ni masih ada yang macam aku,  google je tahu.  Ihiks. Sebenarnya depends pada diri sendiri jugak yerr,  ni pengalaman aku :

1) dapur gas dan gas

Yay or Nay dua benda ni penting untuk beli dulu lepas dapat kunci rumah.  Benda ni membantu banyak sangat untuk cut cost makan beli je tahu.  Kiranya perbelanjaan makan tu boleh cut dah dengan masak sendiri.  Tapi ni takdalah menjadi masalah besar,  sebab tak terlalu mahal.  Tak sampai seratus pun.  Dapur gas pun aku beli dulu dalam rm50 ja,  dah nak masuk 3tahun elok je guna.  

2) peti sejuk

Pentingggg sangattt pada aku sebab aku adalah manusia yang tak boleh hidup tanpa ais.  Heee.  Jadi peti sejuk memang jatuh number one pada aku lepas dapur gas.  Dan perlu tahu ya,  peti ais ni penting sebab bila ada dapur gas,  disinilah kau akan simpan segala macam stok. Mampos nak beli lauk basah dan sayur hari-hari setiap pagi.  Satgi haaa kelas kemana,  letih ke mana.  Tu tak campur lapaq malam-malam buta lagi.  Jadi peti ais adalah sangat penting.  Aku awal-awal duduk rumah ni mak aku bagi peti ais.  Yang dah tua lah usianya,  sebab mak aku beli baru. Ok je lagi guna, lepas setahun baru aku beli peti baru yang lebih besar sebab masa tu buat dadih sehari 200 ke 500 cup.  Memang beli pun hasil duit dadih dulu.  Kira tak ganggu ptptn ke apa.  Huhuhu.

3) tilam

Sebenarnya tilam ni tak penting pun kalau aku tak pregnant. Sejak pregnancy masuk 3rd trimester tak silap aku baru kami beli.  Tu pun sebab dah terpaksa sangat,  belakang aku dah sakit macam nak patah tulang belulang.  Tanpa berkata banyak,  akur jelah Abbas beli tilam.  Jenis kami berdua pula,  sekali beli biar yang elok terus, biar puas hati terus,  boleh pakai lama dan tahan lama. Survey tilam saja pun lama la jugak dulu nih sebelum beli. Lebih dari jari la kira nak bagi dua-dua puas hati.  Yang sama-sama nak. Huh.  So,here tilam adalah peting sangat pada perempuan yang mengandung.  Sangat berguna sampailah harini ye.



4) mesin basuh

Sebab nak jimat banyak benda dan kedekut banyak benda dan memboros bab makan sedap sedap aku perlulah berkorban untuk certain benda right?  Jadi aku memang kurang nafsu pada mesin basuh sebenarnya.  Memang sejak duduk rumah ni sampai Misyaal lahir kain baju aku memberus.  Ulang suara, memberus menggunakan tangan.  Macam tak percaya pulak,  dengan perut membulat mengandungkan Misyaal aku masih duduk memberus baju.  Tapi kadang tu tak laqat sangat kami pegi ja dobi 24jam.  Tambah-tambah masa Misyaal baby. Bila dah ada Misyaal memang masa jadi makin singkat, kain baju makin bergunung tunda basuh.  Masa tu lah kami rasa perlu helper yakni washing machine.  Huhu.  Tapi haaaaaa banyak peel doh,  nak cari yang murah dan kecik sebab aku tak suka benda besar-besar. Faham je lah rumah teres ni kan sekangkang kera ja dapur/toilet. Memang kena minimumkan saiz segala benda.  Berhari jugak kami pusing SP cari washing machine yang comelll haha.  Alhamdulillah jumpa jugaklah yang harga rm250.  Aku tak tahulah kalau ada yang lagi murah,  ni ja aku jumpa palinggg murah dan baru. Bukan 2nd-hand.

5) rak buku

Aku tak tahulah pada orang lain penting ke tidak.  Tapi pada aku YES.  Sebab kami dua student memang banyak lah buku-buku,  kertas-kertas,  stationary bagai.  Masa takda rak buku dulu,  bilik study memang "hot" je aku nak kemas.  Keliling dinding penuh meja jepun yang diatasnya dipenuhi susunan buku.  Memang makan ruang bilik yang dah sempit ni.  Sebelum Misyaal boleh kaki,  keadaan masih tersusun,  lepas Misyaal dah boleh kaki memang huru-haralah segala buku dan stationary kami. Sebab rendahkan meja.  Lepas tu memang aku decide wajib dah beli rak buku nih,  selain minimumkan keletihan aku ulang simpan benda yang sama,  bilik pun makin tersusun rapi.  Kan sedap mata memandang.  Ewah. Jadi aku pun takmau dah fikir panjang terus start enjin pergi kedai perabot dan make an oder.  Dalam rm150 ja aku beli tu.  Tapi aku tengok rak buku Ikea lagi murah,  rm99 ajoo. lagi lawa,  colour putih.  Tulah aku gelojoh sangat tak menyabar.  Huhuhu

6) rak dapur gas

Yang ni penting bila anak dah pandai punggah dapur.  Kalau anak masih baby atau takda anak tak perlu pun. Benda ni lebih safety lah sebab gas apa semua tertutup kan. Dan barang masak pun tersusun elok sikit bila ada  kabinet dapur.  Cumanya kalau anak hang macam Misyaal, memang rak tu kena letak selak arhhh. Adik-adik aku mai rumah,  curious ja tengok,  apehal lah siap mangga nih,  takut orang curi bawang ke apa.  Cis.!



7) vacuum

Ha...  Ya Allah ni sangat pentingggg pada aku apabila ada anak.  Kadang tu fikir balik takda anak pun perlu beli sebab dia jimat masa aku menyapu banyak sangat dan lebih memudahkan settle rumah.  Tapi kalau tak mampu lagi gunalah penyapu macam aku dulu.  Huhu.  Kami pun terpaksa beli sebab Misyaal adalah baby boy yang sangat sensetif dengan debu/habuk nih. Bila dah beli baru tau bertapa bergunaaa sangat.  Setakat harini memang takda lagi hari aku tak on vacuum tu.  Haha. As usual,  duduk rumah taman je kan,  vacuum pun aku belu yang small and cute ja.  Huhuhu.  Jimat ruang simpan bak kata aku-lah. Aku beli di go shop.  Harga ok ok ja.  Boleh pi ushar kaih!



8) ampaian

Yang ni pada Abbas penting,  pada aku tak.  Sebab tu kami lambat beli. Start musim hujan dan musim basuh baju malam-malam sebab pack jadual hidup dengan kelas dan kerja,  Baru aku bersuara "jomlah beli ampaian" . Kalau tak nehi-nehi!  Dah berpuluh kali Abbas suggest,  aku tak setuju.  Hahaha.  Finally musim hujan macam sekarang memang perlu.  Dan membantuuuu sangat sebab boleh tolak ubah-ubah tempat. Kalau siang aku jemur di luar. Kalau malam boleh jemur di dalam rumah.  Yang ni kami beli ampaian go shop jugak sebab lebih flexible. Mudah kot nak lipat bagi kecik dan jimat ruang.  Harga pun tak sampai 100 kot.  Aku dah lupa.

Tu jelah 8 benda yang agak mahal lah untuk beli pada aku dan ianya keperluan dalam rumah.  Benda lain takat katil,  almari apa semua yang kehendak tu slow-slow beli. Kalau di rumah aku ni,  meja makan mak aku bagi.  Biasalah mak aku khenn,  mana harta benda dia yang dia nak buang sebenarnya tapi masih boleh guna dia akan transfer ke rumah aku.  Lol.  Sofa dan almari Misyaal pulak Kak Nina a.k.a senior aku bagi.  Memang idok lerr aku nak beli.  Boleh je hang duduk atas lantai kan.  Hahahaha.

Haa.  Tu lah jawapan dari persoalan aku 4tahun lepas.  Dan ingat ya,  semuani berbeza setiap kita. Mungkin ada sipi-sipi yang sama.  Apa aku nak pesan base on experience aku beli benda-benda yang membantu dan memudahkan aku,  fikirlah seminggu/sebulan untuk beli satu-satu benda.  Bukan fikir dua tiga jam/dua tiga hari.  Sebab kadang,  kita hanya tunduk pada nafsu bukan keperluan.  Kalau ada yang perasan,  benda yang kelihatan "kehendak" pada orang lain,  tapi "keperluan" pada aku,  banyak aku beli lepas ada Misyaal.  Masa berdua takda apa sangat,  hidup macam biasa.  Makan-tido-pegi kelas-makan-tido.  Hahaha

Ok.  Tu jelah.  Saja aku typing malam ni sementara mata masih segar dan baru habis tengok cerita The Conjuring.  Hiks. Harap membantu k!  

Tiada ulasan:

Catat Komen