Ahad, 23 Oktober 2016

how i detect my 2nd PREGNANCY

bulan 10 ni aku memang busyy sangat. ihiks. sumpah weih busy sangat dengan student life. mau taknya, assignment last minit kan hahaha. lepastu stress sorang-sorang tu tak campur tolak dengan peel group-mate apa semua yang buat sambil lewa. Memang aku stress sangat-sangat. Faham je lah kan yang aku ni bukan saja student iye dok. ok dah intro aku. hee.

walaupun busy tahap karma sekalipun dalam hidup ni, aku takkan pernah lupa bab period schedule aku everymonth. hahaha. boleh nampak tak how hard i planning, family planning . ekeke. Dijadikan cerita bulan 10 ni aku late date seperti jangkaan dan benda ni tak pernah berlaku dalam hidup aku. Setiap hari masa-masa aku penuh debaran hahaha iyelah dah la lewat (padahal baru 1 hari masa tu), lepastu badan aku pulak suam-suam kuku nak demam ke tak, dengan emo kejap-kejap, eh lagi emo aku bila aku fikir , pregnant? Lepastu tiba-tiba suasana hari raya bila fikir 2nd pregnancy, duk imagine yang aku mesti punya kena extend sem, dah rasa macam gelap ja mata, kengkonon dah takda hari esok. bahahaha. ok aku memang over sikit bab imagine. Tapi betullah tu aku rasa masa tu sebab aku memang not-ready-yet untuk 2nd pregnancy. Benda paling serabut nak fikir, sapa nak jaga baby bila ada kelas dan kerja, As people know aku kan jenis kurang percaya untuk bagi orang tak kenal jaga anak aku. Jadi memang aku rasa sukar untuk mulakan new life balik. Yelah dah ada orang baru, totally life pun jadi ter-baru.


Bila masuk hari kedua dan ketiga dalam dilema, dan Abbas pun dah stress aku asyik cakap benda yang sama "macam mana kalau pregnant?" kahkahakahak, walau hakikat dia sangat yakin NO, tapi aku tetap asking benda yang sama. Dalam masa duk kira lewat period tu, aku pun muhasabah lah ambil semangat, buatnya memang bebetul pregnant kan. Tapi hati aku langsung takrasa yang aku pregnant, cuma tanda satu ni jelah. Aihhh. Satu hari, dalam perjalanan nak pergi kelas Abbas cakap dekat aku macam hari raya penuh syahdu..

"Ana..emmm kalau pregnant betul maknanya memang Allah nak tambah rezeki kita. Memang Allah nak bagi anak ni. Memang betul-betul Allah nak bagi amanah ni. Sebab kita dan plan yang terbaik. Sungguh-sungguh dah untuk gap. Kalau Allah bagi, memang betul-betul rezeki sangat"

Aku speechlesssss sangat. Tapi hati aku tetap rasa takut hahaha. Sebab aku rasa scaryyy untuk extend sem lagi. Benda yang perlu kau tahu bila drop sem then extend sem ni ialah semangat study tu dah down, lepastu banyak benda kena settle yang menyerabutkan otak. Ni pengalaman aku di Uitm dulu lah. Sebab tu aku nak habiskan degree dulu baru fikir 2nd baby. Tapi iyelah, sebaik mana kita rancang, perancangan Allah tu jauh lebih baik. Dia Maha Mengetahui akan sesuatu hikmah yang tersembunyi. So yahh, aku kuatkan diri *ceh hahahaha* , aku buat pregnancy test dengan meminta semula strip pregnancy test pada jiran sebelah (sebab 3bulan lepas dia nak cek, aku pulak confident je bagi semua strip tu dekat dia , yakin doh aku lagi 5tahun baru nak produce baby bahahaha), kak tu pun dah hampir lupa mana dia letak. Lepas dia bagi, aku pulak macam eh takda instruction langsung benda ni. Macam mana nak tahu positif negatif kan.

Aku terus panggil kak sebelah (alang dia depan rumah) haritu dia guna, positif naik macam mana. Dia cakap, naik line merah ja satu. Sepoloh kali aku ulang, SATU ? dia pun sepuloh kali ulang, rasanya satu jaa. Haaa..sudah. cuak dah aku. Terus aku wasap tanya dalam group zaujah-zaujah kuin hahahah "pregnancy test dalam dunia ni , kalau positif semua dua line kan, ada tak yang satu line dah positif" muehehehe. Bila semua ahli group kata, ya dua line, tenang sikit hati aku walaupun gigih la depa duk wish congrates. xoxo

Lepastu aku terus google, kenapa jadi macam ni, period stop macam ni, dan tanda yang ada dekat aku adalah hyperstress dan berat naik mendadak, Gila kot dalam sebulan dah naik drastik 5kg. Stress lagi fikir berat tak turun sebab malas joging. :D *awat asyik stress benda nonsense je ni*  . ok takpelah bab tu, tapi aku tetap rasa upt tu yang problem sebab kak sebelah tu bagitau macam tu, tapi dia dah 5month pregnancy dah. Haa..sudah. Terus wasap Abbas satgi balik singgah watson. wuuwuu. Dijadi cerita, ada sorang kakak ni dalam group wasap kami cerita pengalaman dia, macam aku sebijik, dia lewat dah 3minggu lebih, dan dia pun mengalami insomia macam aku fikir adakah pregnant lagi hahaha. Tapi dia advance lagi lah sebab dah 3minggu, dia pun jumpa lah docter dan hasilnya negatif . Taktau nak describe hembusan nafas dia panjang mana nak gambarkan kelegaan hehehe. Bila dia kongsi aku jadi makin yakin, bukan sebab pregnant tapi faktor stress tu, Sebab bulan 10 ni memang aku punya emo tu lain macam weih. Takleh salah akan jadi hulk. Bila dah macam tu, aku try reduce aku punya stress, pertamanya aku mestilah off wasap hahaha. Malas aku fikir bab study dan kerja. Off wasap kejap, lepas tu buat aktiviti. Bukan main handfon scroll internet baca iium confession ye. Aku keluar rumah bersosial dengan jiran tetangga. Selain berbual masalah pembesaran anak-anak *ewah* , aku juga beriada seperti bermain bandminton dengan memakai slipar Abbas. Rasa la haa badan berpeluh setelah bertahun sayang lemak-lemak. ngeee~~

Beberapa hari aku tukar aktiviti aku yang lebih kemasyarakatan untuk hilangkan stress tu, and today i want to announce,


I'M NOT PREGNANT  !!!

Barulah hormon-hormon aku stabil kembali dan aku pun dah kurang banyak keemoan dengan melakukan riadah pada petang hari. Tapi petang ni aku type entry jeee :D  

p/s : aku dah nak habis final, lepasni aku akan kurangkan berfb dan berIg yang lagho tu hahaha. Aku nak tulis dalam diari banyak-banyak kenangan sebab aku dah rasa banyak benda aku lupa. Sobss.

k.bye.



Tiada ulasan:

Catat Komen