Rabu, 27 Julai 2016

Misyaal yang sensetif

Assalamualaikum.  Hi.

*typing entry ni dalam wad ni*

Masa umur Misyaal 8month macam tu lah,  dia pernah demam.  Demam berhari hari.  Ambil ubat pun tak surut.  Dah berhari hari demam,  batuk dan selsema pun menyinggah.  Time tu lah dapat detect yang dia susah nak nafas.  Tercungap cungap.  Terus maktok bawa pegi klinik dan doctor bagi gas.  Masa tu Misyaal di kampung.  Lepas jadi macam tu memang rumah mak aku haramm la karpet ni.  Sayang cucu k.  Huhu.  Memang duk beringat la bab habuk,  debu,  kucing dan karpet ni.  Tu yang kali pertama dia kena sedut gas.  Masa tu memang doc ada saran buat xray,  cek paru2,  tapi tengok dia sihat ja lepas tu dan tak jadi dah kami pun ok je lah.

Sekarang Misyaal turn 1year 3month.  Sekali lagi demam. Hari ke 3 batuk dan selsema. Mula mula kami expect nak tumbuh gigi ja demam.  Jadi just bagi dia ubat demam yang masih ada dan bagi turun suhu cara manual.  Tapi bila dah mai batuk dan selesema, aku mula perasan dia dah nak penat.  Sejarah masa umur 8bulan dulu masih kuat terpahat sampai bebila weih.  Hari ke 5, datang hospital jam 10.30 macam tu, *mujoq sebelum mai singgah makan dulu haha sebab tau dah hospital gov memang 5,6 jam tunggu* . Sampai hospital terus kena sedut gas.  Kelupoq takyah habaq laaaa.  Tendang merata sampai tertido.

Bila dia nafas dah ok,  doc terus suruh xray,  nak cek paru2 sebab cara dia nafas bunyi tu macam ada kuman dalam paru2.  Ye,  lepas xray memang ada kuman dalam paru2.  Dan kuman tu pun boleh dikira banyak la dah dulu kami tak xray.  Memang menyesal tak sudah laaa aku lani.  Mak aku kata patut la duk mudah penat sangat.  Ada kuman.  Bila dah result macam tu terus admit wad malam tu jugak.  Dalam jam 2pg lebih gitu.  Sumpah penat!  Dah la siang tu kelas balik dah maghrib.  Mula2 aku minta la excuse nak incharge esok pagi,  konon nak balik rumah kemas barang,  tido sedap seround *hahaha* ,tapi doc cakap ke aku,  boleh kalau nak balik tapi kena sign surat "segala risiko tanggung sendiri" . Terus aku cuak.  Aku takleh bab2 yang bunyi serius macam tu.  So,  kami pun incharge la wad malam tu.

Sharing aku kalini bukan nak cerita susur jalur misyaal life dekat wad,  tapi nak sama sama beringat bila ada baby,  yang baby ni sangat sensetif.  Hang persetankan ja apa orang kata, kalau satu benda hang buat tu untuk kesihatan anak hang.  Sebab bila mai sakit macam ni,  orang yang mengata tu takdanya nak bersengkang mata jaga anak hang dan semestinya depa tak rasa apa anak hang rasa.

Aku faham.  Ibu2 yang ada anak sensetif dengan persekitaran ni kadang masyarakat keji sikit lah.  Contoh macam hang akan cuci kipas setiap minggu,  elak habuk berkepoi,  so masyarakat yang annoying akan kata hang pulun nak mampoih cuci tiap minggu.  Tapi depa hanya tau mengata weih,  hanya tau perli,  anak kita sakit depa mengata jugak.  Semua serba tak kena zaman lani.  Jadi pada aku,  aku dah tekad,  it's will be last,  aku kena kuat,  demi Misyaal.

Apa aku nak share,  bila ada baby,

1) rumah kena selalu mop sebab anak banyak berguling.  Berhabuk.  Sawang apa semua kena sentiasa bersih.

2) no karpet.  Tak boleh nak melawakan rumah sangat dengan karpet berbulu bulu bagai.  Huhu

3) asap sampah apa semua tu kena jauhkan.

4) teadybear berbulu kena bungkus masuk stor.  Bagi main periuk belanga ja weih haha

5) tempatw kebiasaan anak main memang kena bebas habuk.

6) jauh dari kucing.  Kucing ni memang masalah besar pada aku.  Sebab dekat kucing ada virus apa ntah kak ipar aku bagitau dulu.  Since aku pregnant dia dah bagitau,  jaga2 sikit dengan kucing sebab baby dalam perut pun boleh kena *rumah pak mentua i zoo kucing k*

7) kena ada vacuum!

Misyaal pula dah le catlover,  teadybearlover, carperlover dan semua benda yang lembut dan gebu dia cinta.  Memang cabaran lah pada aku nak bungkus semua benda tu masuk stor.  Macam kesian sangat ke dia.  Tapi ni lah pengorbanan.  Kejap ja,  dah 5,6 tahun insyaAllah dah bebas dari semua tu.  Baby ni ja kena kawal banyak benda.

For those yang ada baby,  please beware dengan haiwan berbulu,  jangan dekat2 sangat,  jauh terus lagi bagus,  bear2 berbulu apa semua takyah beli *menyemak ja huhu* dan segala benda yang mudah habuk.  Kita tak tau type anak kita sensetif macam mana.  Better jaga awal.  Aku Duk wad ni mostly semua penat.  Naik gerun aku weih.  Ada budak 4jam sekali kena sedut gas,  ada budak sampai selimut hospital pun takleh guna,  ada baby umur 2bulah dah detect penat.  Allah.  Memang takut.  Nau'zubillah.

Ni aku memang tekad dah jauhi dan hindari semua benda aku bagitau tu.  Anak sorang je weih.  Kesian anak,  jangan pertaruhkan masa depan anak,  life anak kerana kepentingan sendiri.  At least aku cuba yang terbaik untuk Misyaal.  Nak bagi sihat atau sakit tu hak Allah. At least aku usaha.  Allah.

Doakan Misyaal.  Sihat sempurna sepanjang usia dalam kebaikan.  Amin


Tiada ulasan:

Catat Komen